Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Vandalism politik salah siapa?

SOROTAN PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SABAH KE-16

0

SEHARI sebelum hari mengundi,  Dun N44 Tulid dicemari suasana brutal dan vandalism apabila segelintir manusia tidak berdisplin dan tidak berakhlak (dikalangan parti lawan) merosakkan beberapa properti kempen khususnya dari calun parti Usno N44 Tulid,  Mohamad Khairy Abdullah.

Sikap seperti ini ternyata masih membahang di tengah masyarakat kita hari ini.  Adalah menjadi suatu musibah bagi bangsa dan negara ini apabila masih wujud rakyat yang  bersikap brutal dan jauh dari akhlak mulia.

Peribadi suatu bangsa akan dinilai berdasarkan komitmen yang baik dalam segala urusan berperibadi,  bertetangga,  bermasyarakat,  berbangsa dan beragama. Suatu bangsa yang memiliki kekuatan adalah suatu bangsa yang memiliki kekuatan akhlak yang tinggi. Dunia memandang wibawa suatu bangsa bukan berdasarkan hebat tidaknya alat persenjataan. Tidak juga dengan kekuatan perekonomian,  akan tetapi dunia memandang tamadun suatu bangsa dari wajah peribadi bangsa itu sendiri.  Bangsa yang tinggi disiplinnya adalah bangsa yang menjadi ikutan bangsa lain.

Papantanda calun Usno N. 44 Tulid Mohamad Khairy Abdullah dimusnahkan oleh parti lawan
Dulu,  kita ada dasar Pandang ke Timur. Kenapa harus memandang ke Timur? Kerana mereka adalah bangsa yang berdisiplin dan baik untuk kita contohi guna membangun negara ini.
Perbuatan merosakkan properti kempen yang terjadi di N44 Tulid telah menunjukkan bahawa masih ada rakyat Tulid yang tidak berdisiplin. Kesedaran dalam acara bersaing secara sihat belum tertancap kuat di dalam jiwa. Ini perlu dilihat dari sudut pandang psikologis bahawa masyarakat yang seperti ini sangat perlu diberi pendekatan dan bimbingan moral secara utuh.
Ketika bangsa kita ada yang menuding bangsa lain sebagai perosak, bangsa tiada tamadun,  bangsa tidak berdisiplin,  tidak berakhlak, lalu apakah bangsa kita sudah memiliki sifat mulia?  Memiliki tamadun? Memiliki disiplin? Saya fikir belum. Bukti paling sederhana ialah sikap vandalism dan brutal sosial masih terjadi sempena kempen PRN Sabah kali ini dengan melihat kejadian di N44 Tulid.
Apakah billboard itu salah? Baner itu salah?  Poster calon itu salah? Tidak.  Semua properti itu sudah mendapat izin secara hukum untuk dipacak dan dipamerkan selama tempoh berkempen. Lalu siapa yang salah? Ya,  sudah tentulah otak pelaku itu yang salah dan perlu diperbetulkan alligment otaknya agar seimbang dan tidak makan sebelah.  Ini tanggungjawab kita bersama tanpa melihat aliran parti politik, tanpa melihat fahaman agama dan budaya kerana pada dasarnya kita adalah sama-sama penduduk N44 Tulid.
Peranan jentera parti khususnya para calon untuk mendidik setiap kempener serta penyokongnya agar tetap menjaga emosi,  menjaga sikap sehingga tidak perlu menganiaya apa pun bahan properti kempen pihak lawan. Jika kita mengambil hikmah dari sebuah acara pilihan raya,  maka terpenting dari acara itu ialah kita diajar untuk saling menghargai antara sesama tanpa harus bersikap kurang ajar terhadap pihak lawan. Sesungguhnya perbezaan itu adalah rahmat bagi mereka yang saling menghargai dan saling menghormati.
Ke depan,  mari kita sama-sama bina masyarakat kita ke arah yang lebih berdisiplin dan mewujudkan sikap sosial yang lebih bertoleransi.
Menjadi calon bukan bermakna untuk bersaing dengan pihak lawan tetapi untuk membawa misi perubahan yang lebih baik untuk semua bangsa dan agama. — Oleh: Drs Kustin Ladi, Ranau.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.