Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Berperang dengan api

0

GELARAN Pahlawan Bomba Kampung yang diluahkan oleh Chegu Benedict Martin, dengan merujuk keberanian, pengorbanan dan didikasi penduduk kampong Sondukut yang sanggup mengadaikan nyawa, untuk memadam api daripada memusnahkan sumber cari makan mereka daripada dijilat api, menarik perhatian saya untuk menulis sesuatu mengenainya.IMG-20160315-WA0058

“Hanya dengan menggunakan tulang empat kerat … mencapai sesuatu yang tergapai untuk memadam api … reaksi spontan itu meletakkan nyawa mereka seperti telur di hujung tanduk,” Benedict dipetik sebagai berkata melalui aplikasi whatsapp Group Penduduk Sondukut, lewat malam pada Rabu (16 Mac 2016).

Penduduk di sini tidak mendapat apa-apa alat bantuan untuk memadam api, tidak ada air dicedok, ditadah hatta digalas untuk meredahkan kemarahan api yang menganas mengila, dan apa yang ada ialah dahan-dahan kayu dijadikan senjata untuk memadam api daripada terus merebak dan merebak.

Tanah Sondukut kering kontang, beberapa bahagian merkah dan kesemua sumber air kering sejak lebih 30 tahun yang lalu yang berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terancang. Hari ini penduduk menerima hukuman daripada kerakusan manusia untuk mengaut keuntungan peribadi. Mungkin kah Tuhan sedang marah? Semua persoalan itu ada dalam kepala setiap mangsa-mangsa kebakaran di Sondukut.IMG-20160315-WA0079

Kebakaran baru-baru ini menyaksikan beribu-ribu hakter ladang sawit, getah, buah-buahan dan beberapa buah rumah kebun turut musnah dimamah api yang berpunca daripada kebakaran hutan belukar di Bukit Susu Bunang dan melarat di kawasan Kg. Sondukut dan kawasan-kawasan lain di lembah Sook.

Tidak tahu siapa pelaku dan puncanya, ada yang mengatakan benih api daripada puntung rokok dikalangan perokok tidak beretika, ada yang mendakwa berpunca daripada pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani huma dan tidak terlepas jangkaan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat individu misteri.

Pasukan Bomba dan Penyelamat tidak mampu untuk sampai di kawasan itu disebabkan masalah jalanraya yang teruk, selain dalam masa yang sama berlaku kebakaran di beberapa tempat di kawasan daerah kecil Sook – penduduk tidak mengesali situasi itu.

Kg. Sondukut wujud seawal tahun 1975 atau kira-kira 31 tahun yang lalu – memiliki sebuah Balai Raya papan yang tidak pernah diseleanggara sejak dibina – mungkin kerana pucuk pimpinan kampong gagal menyiapkan info desa, kerajaan beranggapan desa pinggiran Bandar ini tidak memerlukan apa-apa pembangunan lagi, atau ia juga ada kaitan dengan   amalan politik penduduk yang berbeza – kesemuanya berkait rapat. Peneroka kawasan di situ terdiri daripada penduduk yang datang daripada pelbagai latar belakang  dari seluruh pelusuk negeri – ada yang berasal dari Ranau, Uu Tuaran, Tambunan, Papar dan situasi terkini bangsa juga berbilang ekoran  terdapat penduduk yang menjual tanah mereka kepada orang lain.  Pengasas kampong ini adalah arwah ayahanda saya – Dalusim Gindara, yang pada ketika itu merupakan penyokong tegar parti Usno.IMG-20160315-WA0062

Masalah penduduk di kampong ini ialah tidak ada akses yang sempurna yang menghubungkan mereka dengan jalanraya utama. Sebatang jalanraya yang menjadi laluan harian ke kebun masing-masing merupakan jalanraya yang dibina oleh syarikat pembalak sejak 31 tahun yang lalu.

Ini adalah punca kenapa bantuan Bomba dan Penyelamat tidak sampai ke lokasi ketika kejadian itu berlaku. Penduduk tidak mangaus (kecewa) kerana mereka menyedari situasi itu, tetapi persoalan timbul – kenapa jalanraya itu tidak dinaiktaraf sebegitu lama?20160312_170654

Jadual pemimpin terlalu ketat pada ketika kejadian itu berlaku, dan kami tidak mengharapkan lawatan beliau ke lokasi kerana sememangnya tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Penduduk percaya Yang Berhormat Sook dan Yang Berhormat ADR telah mencatatkan kejadian itu dalam diari masing-masing.

Ketika api membaham kawasan Sondukut selama tiga hari empat malam, penduduk menyelaras bantuan makan dan minum tanpa mengira wang ringgit – suami bergadai nyawa berperang dengan api, sementara isteri di rumah memasak apa sahaja yang terfikir untuk pejuang di medan kebakaran.

Tanpa tidur dan rehat, situasi sepanjang kebakaran itu umpama satu peperangan yang sangat sengit – hanya dengan kesilapan sedikit, nyawa boleh melayang.

Bencana kebakaran pada tahun 1983, menitipkan banyak pengalaman kepada penduduk untuk mengandalikan api daripada terus merebak ke kawasan yang lebih luas.20160312_171532

Begitu pun, penduduk berhadapan dengan pelbagai tekanan. Punca air tidak ada, hatta takungan yang sebelum ini tidak pernah kering merkah dimamah El-Nino yang kini masuk ke bulan ketiga.

Tidak seperti bencana gegeran gunung berapi di Ranau, sensetiviti komuniti untuk menghulurkan bantuan begitu merundum – mungkin kerana bencana ini tidak mendapat paparan melalui media perdana, penduduk bergalas tenaga untuk menangani kebakaran itu secara bersendirian.

Saya keliru dengan sikap terkini masyarakat kita, betul-betul keliru dan mengecewakan. Ramai pendebat hebat, pencetus teori pembangunan, pereka teori perniagaan yang hebat dan pengkritik hebat kerajaan melalui ratusan group yang diwujudkan melalui aplikasi whatsapp, tetapi apabila kita merayu bantuan, post kita dilangkau dengan post-post isu menghentam kerajaan.

Kita bukan meminta perkara yang melampau, sekadar sebotol dringking water yang berharganya 90 sen sebotol atau sebungkus nasi, namun permintaan kemanusian yang kami pohon tidak menarik perhatian.

Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada UPPM N. 34 Liawan yang diketuai oleh Tuan Sahanip Jamil kerana menyelaras bantuan kepada kami, dan khususnya kepada Majlis Daerah Keningau (MDK), Keningau Music Group (KMG), OT Lapom Angga serta seluruh kakitangan UPPM N. 34 yang turut terlibat menghulurkan minuman kotak kepada kami.

Anda telah menghulurkan bantuan yang sangat berharga kepada kami.

Apabila kemarahan api itu Berjaya dipadamkan lewat jam 4.30 pagi pada subuh selasa, saya merumuskan bencana itu mengirimkan khabar bahawa kami perlu mengandakan usaha untuk membangunkan apa yang hilang bermula daripada ‘kosong’.

Kini penduduk menghidupkan roh mitatabang yang merupakan rashia kejayaan kami untuk berperang dengan api di Sondukut baru-baru ini.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.