Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Curi beras penjara, curi juta-juta bebas?

0

PADA Jumaat sebuah akhbar tempatan melaporkan kisah seorang janda dengan tiga orang anak dipanjara 10 bulan kerana mencuri satu troli berisi beras dari sebuah kedai serbaneka di ibu negeri pada bulan yang lalu.

Tertuduh dipetik sebagai Sylviona Vallencie,31 – ibu kepada tiga orang anak masing-masing berusia tiga, lima dan enam tahun juga penanggung kewangan kepada seorang adik perempuannya berumur 15 tahun yang mengalami autisme.

Janda anak tiga ini didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Kisah ini sangat menyentuh perasaan, bukan kerana ‘ada peluang atau harapan’ gurau pencinta janda, tetapi jauh daripada itu membuat kita berfikir beribu langkah ke hadapan ketika minda melayani  berita-berita seperti berikut.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan kes pendakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman digugurkan selepas Jabatan Penguam Negara menerima representasi yang dikemukakan pada 13 Mei. (Berita Harian 10 August 2020).

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Teo Chee Kong dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) bagi 146 pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Khas Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 4 Oktober 2016 SPRM membongkar skandal rasuah Jabatan Air Sabah yang membabitkan rampasan wang tunai dan asset asset lain yang berjumlah kira-kira RM180 juta.

Menyingkap kes  Sylvonia, masyarakat perlu menghalusi kenapa dia mencuri? Dia seorang janda dan sebagai perlindung kepada tiga orang anak dan seorang adik autisme berusia 15 tahun.

Janda tanpa sumber pendapatan kerana ditinggalkan atau kematian suami, menjadikan Sylviona sebagai bapa dan ibu kepada tanggungan yang bertarung setiap saat, bagaimana untuk memastikan keterusan hidup dan masa depan tanggungannya.

Berjuta tekanan yang melingkari seluruh pemikiran bagi seorang yang kehilangan tempat bergantung. Bunuh diri? Membirkan tanggungan mati kelaparan? Atau bermacam-macam lagi jalan pintas yang dibisikkan oleh syaitan kepada mangsa,

Sylviona sedar semua itu salah dan dia tidak melakukan tetapi mencuri pilihannya untuk keterusan tanggungannya.

Undang-undang tetap ditegakkan, dan akhirnya pada Khamis, 2 November 2023, Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali mentahuhkan hukuman 10 bulan penjara kepada Sylviona.

Sylviona bersalah! Dan bukan salah undang-undang.

Soalnya kenapa dia mencuri, kerana untuk memastikan diri dia sendiri, tiga orang anaknya dan seorang adik perempuannya terus hidup.

Saya sangat tertarik dengan sebuah keputusan mahkamah di Jakarta Indonesia yang beritanya bertajuk ‘Pengadilan Nenek Tua dan Hakim Mulia’ diterbitkan oleh detiknews.com bertarikh 11 Mei 2016 yang mengisahkan seorang hakim bernama Marzuki menjatuhkan hukuman 2.5 tahun penjara dan denda 1 juta rupiah (RM300) kepaada seorang nenek kerana mencuri singkong (ubi kayu).

Hakim Marzuki tidak berganjak dengan keputusan hukuman kepada nenek itu, dan berkata: “Maafkan saya .. saya tidak dapat membuat pengecualian hukuman, jadi anda harus dihukum, saya mendenda anda 1 juta rupiah dan jika anda tidak mampu untuk membayar maka anda harus dipenjara 2.5 tahun”.

Hakim itu kemudian menanggalkan topi hakimnya kemudian  memasukkan 1 juta rupiah serta berkata kepada hadirin yang menyaksikan penghakiman.

“Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir diruang sidang ini sebesar 50 ribu rupiah, sebab menetap di kota ini, yang membiarkan seorang kelaparan sampai harus mencuri untuk memberi makan cucunya, saudara panitera, tolong kumpulkan dendanya  dalam topi hakim saya ini lalu diberikan semua hasilnya kepada terdakwa”.

Rakyat Malaysia memahami Rule of Law atau kedaulatan undang-undang yang diseneraikan di nombor keempat dalam Rukun Negara yang menekankan kepentingan prinsip ini dalam negara kita. Tidak ada yang menolak dan menafikan.

Soalnya kita perlu berfikir jauh ke hadapan mengenai kenapa Sylviona mencuri beras. Adakah kesalahan dia? Berdasarkan konsep humanity, kita perlu merujuk eleman tanggungjawab sosial.

Wikipedia menyorot difinisi tanggungjawab sosial sebagai berikut: Satu rangka kerja etika dimana seseorang individu diwajibkan untuk bekerja bekerjasama dengan individu dan organisasi yang lain untuk kepentingan masyarakat.

Sekarang cukup jelas bahawa kefahaman semua pihak persikataran mengenai konsep tanggungjawab sosial sangat lemah atau tidak ada langsung mendorong kepada seseorang terpaksa melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang untuk survival hidup.

Dimana pergi saudara dia? Dimana jiran dia? Dimana komuniti dia? Di pihak berkuasa tempatan? Dimana pemimpin?

Bukan satu dosa untuk membantu dan bukan juga menyusahkan hatta jauh sekali pemilik pesaraya itu muflis sekalipun beras satu trolinya yang harganya tidak sampai ribu-ribu dicuri.

Ini bermakna kes Sylviona merujuk kepada kegagalan manusia, kegagalan syarikat perniagaan? Kegagalan pihak berkuasa? Kegagalan masyarakat dan kegagalan pemimpin juga kegagalan kerajaan.

Sylviona kini merengkok di penjara, apa terjadi dengan tiga orang anak dan seorang adik perempuannya yang autisms selepas 10 bulan akan datang?

Jangan cakap saya mencabar undang-undang, saya melontarkan pandangan kreatif alangkah baik jika kita ada hakim seperti Marzuki di Jakarta Indonesia yang mampu menghalusi betapa sakitnya lapar yang membuat dia melaksanakan pengadilan kreatif dan luar biasa.

Fikir fikirkan. – DG HNERY menulis dari Sook, Pensiangan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.