Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jamawi pertahan Ketua Belia Usia Sabah

0

Oleh JAAFAR ABDUL ABD WAHID

PENYANDANG Ketua Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamawi Jaafar akan mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan mesyuarat Agung (USIA) Ke-35 yang akan diadakan pada 24-26 Jun ini bertempat di Menara Usia 1 Borneo .

KEBAJIKAN Semasa negara di landa pandemik Covid-19 Jamawi bersama Isteri turun padang menyampaikan bantuan kepada golongan yang terkesan

Beliau akan dicabar dalam perlawanan satu lawan satu oleh  Setiausaha USIA  yang juga Ketua Belia Bahagian  Kota Marudu  Salleh  Jatil.

Jamawi yang menjawat jawatan Ketua Belia USIA  sejak tahun 2015 telah memegang jawatan tersebut selama dua panggal apabila pada pemilihan barisan tertinggi Belia USIA pada tahun 2018 beliau tidak di cabar untuk jawatan tersebut.

“Saya menghormati pencalonan dari rakan-rakan Ketua Belia Usia bahagian yang mahukan saya mempertahankan jawatan Ketua Belia Usia pada pemilihan kali ini dan insyallah kita pikul  tanggungjawab yang diberikan sekiranya diberikan mandat oleh perwakilan  pada pemilihan kali ini” katanya ketika ditemui di sini.

Ketika diminta mengulas kegiatan-kegiatan dakwah dan kebajikan yang dilakukan Belia Usia sepanjang tahun lepas, Jamawi mengakui agak berkurangan kerana terkesan dengan penularan Pandemik COVID-19 yang melanda negara lebih dua tahun menyebabkan kegiatan dalam skala besar tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut.

“Penularan Pandemik COVID-19 menjadi kakangan untuk kita bergerak melaksanakan program-porgram yang sudah kita rancang sebelum in, bagaimanapun kita masih melaksanakan kegiatan kegiatan yang diselaraskan melalui Ketua-Ketua Belia Usia bahagian terutamanya kegiatan kebajikan bagi membantu golongan yang terkesan dengan penuluran Virus COVID-19 jelas Jamawi.

Menurut Jamawi selepas negara beralih ke era endemik , beliau berharap lebih banyak program -program dapat dilaksanakan di seluruh bahagian  terutamanya mendekati golongan muda melalui program dakwah .

Menurut beliau Belia USIA perlukan meneruskan program dakwah melalui pendekatan yang dipelbagaikan agar kekal relevan menepati keperluan kelompok sasaran

“Dalam konteks kreativiti dakwah, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan termasuk memanfaatkan media sebagai platform penyebaran dakwah yang berkesan” katanya

Menurut beliau dakwah di era baharu perlu digerak melalui pelbagai bentuk program media massa seperti radio, televisyen, media cetak, media baharu seperti Facebook, aplikasi WhatsApp, Instagram, YouTube dan lain-lain.

“Perkara ini seiring perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang memanfaatkan pelbagai aplikasi digital sebagai medium interaksi masyarakat dan ianya telah pun mulakan digerakkan oleh Belia Usia Bahagian Sandakan yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Sufan Bahrin dan akan kita perluaskan ke lain lain bahagian” katanya.

Tambah Jamawi Pandemik COVID-19 memberikan kesan terhadap gerakan dakwah  secara fizikal dan sesuatu perlu dipelajari dari musibah ini ,usaha pembaharuan dakwah dalam suasana norma baharu perlu diterokai.

Jamawi berkata, pembaharuan dakwah perlu diteruskan dan perlu bergerak ke hadapan serta berorientasikan kemajuan atau keadaan yang lebih baik dalam segala aspek. Pembaharuan pada hakikatnya mempunyai makna ‘al-islah ila ma huwa al aslah’ yang bermaksud pembaikan secara berterusan menuju ke arah yang lebih baik.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.