KENINGAU (Sabah, Malaysia): — “Saya suka sangat nak belajar Bahasa Dusun sejak pertama kali mendaki Gunung Kinabalu pada Tahun 2011” – itu pengakuan ikhlas Farahaneez Farhana mengenai minat mendalamnya terhadap bahasa Dusun.
Jurutera Software Microsoft Malaysia yang turut meminati pakaian tradisional bangsa itu mengakui, bahawa bahasa Dusun memiliki keunikan dan nilai tersendiri yang standing dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.
“Ada sesuatu dalam bahasa itu yang nilainya sangat tinggi,” katanya dan memberitahu bahawa
sangat rugi bagi mereka yang tidak berminat dengan bahasa itu.
Sambil mengungkapkan perkataan ‘miaga nopo’ kepada Wartawan Borneo Digest yang merujuk dengan maksud ‘sama-sama’, gadis jelita dan anggun yang berasal dari Kuala Lumpur itu berazam untuk belajar bahasa Dusun dengan serius.
“Saya mahu belajar dan sudah pasti anda dapat membantu saya mengenai ini,” pintanya.
Borneo Digest yang mengusulkan permohonan anak gadis ini dalam agenda mesyuarat jabatan pengarang portal itu bagi edisi malam dengan sebulat suara menawarkan kursus belajar bahasa Dusun kepada beliau yang akan bermula pada Jun 2016.
Tahniah diucapkan kepada anak gadis ini. – Oleh: DG HENRY.