Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Keningau habis bekalan gula dan minyak makan

0
YOE LING MIN

PENIAGA di daerah pedalaman Sabah merungut ekoran bekalan gula dan minyak habis sejak sebulan yang lalu.

“Betul, tidak ada gula dan minyak makan dalam plastikdi Keningau,” Dedah pekerja am kedai Salam-Salam Trading, Yoe Ling Min, 38.

Pengakuan Yoe itu diperkuatkan oleh Pengurus Cawangan Fajar Superstore Wong Chun Zak, 27, dengan menambah ketiadaan bekalan asas itu mencemaskan pelanggan.

WONG CHUN ZACK

“Pelanggan datang tanya gula dan minyak makan dan masalah ini sudah berlarutan begitu lama,” Akui Wong.

Pada Rabu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Cawangan Keningau memberi jaminan bahawa bekalan ke atas kedua-dua keperluan asas itu pulih secara berperingkat mula kelmarin.

Difahamkan menurut KPDNHEP Keningau bahawa beberapa kedai mula menjual gula dan minyak kepada pelanggan.

The Borneo Digest yang melakukan tinjauan ke beberapa buah pasaraya dan kedai runcit di bandar Keningau mendapati masih tidak terdapat gula dan minyak makan dijual.

Sebahagian besar pengusaha pasaraya dan kedai runcit mendakwa pengeluaran sebahagian besar keperluan asas khususnya gula dan minyak tidak dapat dilakukan sepanjang tempoh perlaksanaan Printah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di seluruh negara.

Sementara itu seorang pengguna Ismail Akok memberitahu bahawa gula dan minyak makan dalam plastik sukar diperolehi di Keningau sejak sebelum sambutan Hari Raya yang lalu.

Orang ramai di daerah ini mahu supaya pihak berkuasa berkaitan melakukan siasatan terperinci, kemungkinan terdapat peniaga yang dengan sengeja menyorok bahan tersebut untuk tujuan mengaut keuntungan yang besar. – Oleh: EKOK AMIN

 2,900 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.