PENAMPANG (Sabah, Malaysia): Datuk Ewon Benedick berkata, memartabatkan bahasa Kadazandusun adalah perjuangan peribadinya.
“Sebab itu saya sentiasa menyokong usaha-usaha yang berkaitan untuk memertabatkan bahasa ini (Kadazandusun),” Katanya.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu menegaskan, usaha Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kadazandusun Language Foundation (KLF) untuk menganjurkan Karnival Bahasa Kadazandusun (BKD) dan Majlis Pelancaran Buku Kerja Bahasa Kadazandusun Tahun 5 & 6 perlu diberi sokongan dan pujian.
“Program ini merupakan kesinambungan dalam menerbitkan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun yang terbaik khusus kepada pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 bagi membantu generasi muda untuk terus membudayakan bahasa ibunda,”
“Saya amat teruja menyaksikan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun bagi Tahun 4,5 dan 6 dihasilkan kurang dari 6 bulan sahaja dengan penglibatan YBR melalui kerjasama KLF,”.
“Terima kasih YBR kerana menyokong inisiatif ini dan saya berharap YBR bersetuju untuk menganjurkan karnival Bahasa Kadazandusun pada tahun hadapan.” Katanya.
Turut hadir sama dalam sesi penyampaian ini adalah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Di majlis sama, Philip Lasimbang memberitahu, beliau amat menyokong usaha dalam memartabatkan bahasa ibunda di kalangan generasi muda yang semakin hari semakin moden dan menjadi ikutan masa kini.
“Penganjuran Bengkel Penulisan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun ini merupakan satu langkah proaktif dan selari dengan inisiatif global untuk memelihara Bahasa ibunda sempena Dekad Antarabangsa Bahasa Orang Asal dibawah UNESCO,” katanya, dan menambahYBR sentiasa menyokong pendidikan negara secara holistik dan program seperti itu memberikan impak positif kepada guru dan pelajar.
“Diharapkan kerjayaan penghasilan modul buku kerja Tahun 4, 5 & 6 ini dapat membantu para guru untuk lebih semangat menyampaikan ilmu kepada para pelajar untuk diwarisi turun temurun”.
Beliau berkata, usaha murni ini merupakan salah satu inisiatif YBR dalam mempelbagaikan cabang pendidikan serta sedikit sebanyak membantu sebagai persiapan menjadi sebahagian pelaksanaan karnival bahasa kadazandusun di peringkat negeri pada tahun hadapan.