Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Parti pemerintah Jepun bakal memilih pemimpin baharu, berharap dapat memulihkan nasib

0

TOKYO: Parti pemerintah Jepun bakal memilih Perdana Menteri baharu bagi negara itu hari ini.

Langkah itu bermatlamat mengembalikan semula kepercayaan rakyat negara matahari terbit itu yang kini terbeban dengan kenaikan harga barang.

Situasi itu membuatkan rakyat negara itu mula beralih sokongan kepada parti pembangkang yang menjanjikan pakej rangsangan besar serta sekatan terhadap warga asing.

Antara nama disebut untuk mengisi jawatan itu ialah Menteri Pertanian, Shinjiro Koizumi, 44, sekali gus mengangkatnya sebagai Perdana Menteri termuda Jepun dalam era moden.

Turut tercalon ialah pemimpin nasionalis konservatif, Sanae Takaichi, yang berpotensi menjadi wanita pertama memimpin negara itu.

Menurut tinjauan pendapat, Takaichi tersenarai sebagai calon utama untuk mengetuai Parti Demokratik Liberal (LDP).

Selain itu, Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi, 64, seorang tokoh veteran berhaluan sederhana antara nama berpotensi dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Hayashi sebelum pernah memegang portfolio penting seperti menteri Luar, pertahanan dan pertanian.

Diikutkan, Presiden baharu LDP berkemungkinan akan menggantikan Shigeru Ishiba sebagai Perdana Menteri di negara ekonomi keempat terbesar dunia kerana parti itu memerintah Jepun sepanjang tempph pasca perang.

LDP adalah parti terbesar di Parlimen, namun kedudukannya tidak dijamin kerana parti itu serta rakan gabungannya kehilangan majoriti di kedua-dua dewan setahun lalu.

Beberapa parti lain termasuk Parti Demokratik untuk Rakyat (DPFP) yang properbelanjaan dan Parti Sanseito yang antiimigrasi, semakin berjaya menarik sokongan rakyat terutama dalam kalangan pengundi muda untuk meninggalkan LDP.

Seorang penyokong Takaichi, Osamu Yoshida 70, ketika ditemui di luar stesen kereta api Shimbashi, menyifatkan struktur dalaman LDP sedang rosak.

“LDP sedang mereput dari dalam. Jadi sudah tiba masanya untuk direset,” katanya. — REUTERS.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.