Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Program Memasak & Mengedar Bubur Lambuk Di UCSF Meriah

0

KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) telah menganjurkan aktiviti memasak dan mengedar bubur lambuk di kampusnya di Sembulan, baru-baru ini.

 

 Program ini turut disertai oleh Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris, kakitangan serta pelajar UCSF. 

 

Dr. Rafiq berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar UCSF pada program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk anjuran universiti itu di kampusnya di Sembulan

 Aktiviti memasak bermula pada waktu pagi dan mengambil masa beberapa jam sebelum dibungkus untuk diagihkan.

 

 Agihan bubur kepada para pelajar dan kakitangan UCSF, Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan sekolah berhampiran, serta individu di beberapa lokasi strategik di Sembulan dibuat pada waktu petang.

 

 Aktiviti ini turut dimeriahkan dengan program berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga UCSF.

  

Dr Rafiq berkata, program seumpama itu merupakan aktiviti tahunan universiti.

 

 “Ianya dapat mengeratkan dan  mengukuhkan sılaturahim di kalangan pelajar dan kakitangan UCSF”, katanya.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.