Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Global Sumud Flotilla mula hampiri kawasan sekatan laut Israel, kapal tidak dikenali mula dekati bot

0

TUNIS: Global Sumud Flotilla yang kini cuba menghantar bantuan ke Gaza mendakwa kapal tidak dikenali mula menghampiri bot mereka sebelum subuh hari ini, ketika misi itu semakin hampir ke kawasan sekatan laut Israel

Global Sumud Flotilla terdiri daripada lebih 40 bot awam yang membawa kira-kira 500 orang peserta termasuk ahli parlimen, peguam dan aktivis, termasuk aktivis iklim Sweden Greta Thunberg

Objektif misi untuk memecahkan sekatan Israel ke atas sebarang bentuk bantuan memasuki wilayah Palestin itu.

“Kami terus belayar ke Gaza, menghampiri tanda 120 batu nautika, berhampiran kawasan yang mana flotilla sebelum ini telah dipintas atau diserang,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menjelaskan mereka tidak jelas siapa yang mengendalikan kapal-kapal yang menghampiri flotilla itu.

Dalam satu hantaran video di akaun Instagram flotilla, mereka mendakwa kapal tentera Israel mula menghampiri bot-bot mereka, melakukan “oleh gerakan berbahaya” dan merosakkan ‘sistem komunikasi’ sebelum beredar.

Video menunjukkan bayang kapal yang kelihatan seperti kapal tentera dengan meriam dihalakan ke bot-bot awam berkenaan.

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman itu .

Pihak berkuasa Israel belum memberikan sebarang maklum balas berhubung dakwaan itu.

Flotilla itu meningkatkan kesedaran antarabangsa dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas ia diserang oleh dron, yang menjatuhkan ‘bom tangan dan serbuk gatal’ ke atas bot-bot, menyebabkan kerosakan ke atas bot namun tiada kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada Israel berhubung serangan itu, namun menyatakan akan menggunakan apa saja cara untuk menghalang bot-bot itu daripada sampai ke Gaza, dan mempertahankan sekatan lautnya adalah sah dalam usahanya menentang pejuang Hamas di kawasan pantai itu.

Itali dan Sepanyol dilaporkan sudah menghantar kapal tentera laut untuk mengiringi flotilaa bagi membantu jika berlaku sebarang cubaan mengganggu operasi menyelamat dan menghantar barang keperluan kemanusiaan.

Namun, kedua-dua negara menegaskan mereka tidak akan mengambil tindakan ketenteraan

Dron milik Turki juga dikatakan sedang mengekori bot-bot berkenaan yang kini semakin menghampiri kawasan sekatan laut itu.

Itali menyatakan kapal lautnya akan berhenti mengiringi flotilla apabila bot-bot berkenaan memasuki kawasan 150 batu nautika (278 km) dari Gaza.

Sepanyol pula memaklumkan kepada ahli flotilla, kapal penyelamat maritimnya berada dalam jarak yang sesuai untuk menjalankan operasi menyelamat jika perlu, tetapi tidak akan memasuki zon larangan Israel, kerana tindakan itu boleh membahayakan keselamatan fizikal anak kapal dan flotilla, menurut sumber Kerajaan. — Reuters

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.