KUCHING (Sawawak, Malaysia): – Sekumpulan 18 orang murid pelbagai tahap dari Sekolah Kebangsaan (SK) Binakaan, Sook, Pensiangan, melakukan lawatan ke beberapa lokasi bersejarah di bandar Kucing, yang bertujuan untuk memberi pendedahan luar kepada murid-murid di sekolah berkenaan.
Lokasi-lokasi yang dilawati adalah Petrosain, Cat Museum, Borneo Culture Museum, Fort Margherita, Pasar Satok dan Kilang Kek Lapis Warisan.
Lawatan selama tiga hari yang bermula pada 9 Febuari dan berakhir pada Ahad diiringi oleh seramai 10 orang guru, terdiri daripada Stella Stephen Galaut, Rosmayati Wairen, Calynie Chai, Suhaitah Laisin, Asmahani Amran, Fitri Tambiasan, Sandra Minda Akon, Mohd Hamirul bin Rosin, Nur Insyiera Abdul Wahab dan Fidelis Boyogo
Guru-guru yang ditemui memberitahu, pendedahan luar bilik darjah seperti itu mampu menyuntik motivasi kepada murid-murid bahawa ilmu itu bukan sekadar belajar secara formal di dalam kelas, tetapi ianya boleh dipelajri melalui aktiviti didik hibur dan juga amali di luar bilik darjah.
Pasukan pengiring lawatan itu mengharapkan program seumpama itu dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang untuk memberikan lebih pendedahan secara tidak langsung kepada murid-murid SK Binakaan.
Guru Besar itu, Jenarius Taging memberi penghargaan dan pujian diatas usaha guru-guru di bawah jagaannya yang dapat mengilhamkan lawatan ke bumi Kenyalang, yang beliau sifatkan salah satu lokasi di negara ini yang menyimpan khazanah sejarah yang perlu dipelajari oleh murid-murid SK Binakaan.