Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

266 pelajar SK Ulu Dusun Sandakan terima bantuan YBR

0

SANDAKAN: Sermai 266 pelajar dalam kalangan keluarga B40 Sekolah Kebangsaan Ulu Dusun (SKUD) Batu 30 dan SK Jaya Bakti Batu 38 Sandakan menerima bantuan awal persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Berucap di majlis penyerahan itu, Pengerusi Yayasan itu Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, bantuan tunai dan peralatan sekolah itu  adalah inisiatif YBR bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup pelajar luar bandar.

“Ia juga diharap dapat meniup semangat baharu kepada penerima bantuan untuk mencapai kejayaan dengan lebih cemerlang,” katanya kepada pemberita Ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan.

Program Kerjasama itu dianjurkan oleh  Persatuan Usahawan Lestari Sabah (PULSE) dan Yayasan Bank Rakyat.

Sementara itu Pengerusi PULSE Dr. Peter Jr. Naintin berkata, program seumpama itu dianjurkan bagi menyokong pelajar-pelajarl uar bandar khususnya dikalangan anak-anak keluarga B40 supaya dapat meneruskan pelajaran tanpa gangguan.

“Ini selaras dengan misi persatuan yang mahu melihat tidak ada keciciran dikalangan pelajar luar bandar,” katanya dan menambah pendidikan adalah salah satu cara menoktahkan kemiskinan.

 169 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.