3G Sunset Akan Dipasang Di Menara Telekomunikasi Pagalungan – Arthur
Bagi membolehkan pelajar-pelajar dan penduduk Kg. Silungai mendapat liputan internet yang baik

3G sunset akan dipasang di menara telekomunikasi pekan Pensiangan untuk membolehkan rangkaian liputan internet sampai ke Kampung (Kg) Silungai, kata Ahli Dewan Rakyat Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup.
“Minggu hadapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cawangan Keningau akan melawat lokasi itu untuk tujuan pemasangan,” Katanya sebagai mengulas kesukaran pelajar-pelajar kampung itu (Kg. Silungai) yang terpaksa memanjat pokok mangga untuk mendapatkan capaian internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Khamis lalu (14 Oktiber 2021) Ketua Kampung (KK) Kampung Silungai Bintuyu Mandulun mendakwa sebagaimana yang diterbitkan oleh sebuat portal berita tempatan mengenai kesukaran pelajar-pelajar di kampung itu untuk mengikuti PdPR dan terpaksa memanjat pokok mangga untuk mendapatkan rangkaian capaian internet.
Pelajar mengharungi perjalanan berkilometer, emamanjat bukit dan memasang aunan di atas pokok mangga untuk meneruskan pembelajaran atas talian.
Pelajar terlibat mengaji di Sekolah Kebangsaan (SK) Logongon dan Sekolah Menengah (SMK) Nabawan.
“Saya mengambil serius mengenai masalah ini (capaian internet yang lemah kawasan pedalaman) .. Saya berpegang teguh kepada asas pendidikan sebagai pemacu yang penting dalam membangun dan meningkatkan sosioekonomi rakyat,”.
“Kampung silungai ini terletak kira-kira 2.1KM dari daripada pencawang terdekat yang terletak di pekan kecil Pagalungan .. kita akan pasang 3G sunset di situ (pencawang terdekat) untuk atasi masalah ini dengan segera,” Jelasnya.
Arthur ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di Keningau (Sabah) pada Sabtu.
Arthur yang merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia berkata, untuk jangka masa panjang, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang dilaksanakan di mana sebanyak 46 buah menara telekomunikasi baharu akan dibina di Parlimen Pensiangan yang dijangka bermula pada suku terakhir 2021 dan akan siap secara berperingkat pada Disember 2022.
“Manakala kerja-kerja menaik taraf 44 buah menara komunikasi yang sedia ada dijangka siap pada suku pertama tahun 2022. Ini akan membantu menyelesaikan masalah liputan internet serta membawa capaian internet yang lebih menyeluruh buat Keluarga Malaysia Pensiangan,” Tambahnya.
Pada masa sama Arthur berkata, pendidikan anak-anak serta pembangunan teknologi merupakan antara keutamaan beliau sebagai Ahli Parlimen Pensiangan untuk memastikan rakyat Pensiangan tidak ketinggalan dari arus pembangunan moden. – Oleh: EKOK AMIN
![]()