Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerjasama pacu ekosistem keusahawanan negara: Ewon

0
EWON

KOTA BELUD: Kerjasama padu pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi kewangan dan para usahawan penting bagi membentuk ekosistem keusahawanan yang progresif, mampan dan inklusif, tegas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick

Katanya, KUSKOP akan terus komited menyokong pembangunan keusahawanan di seluruh negara yang dilaksanakan oleh agensi-agensi dan institusi pembiayaan seperti CEDAR dan SME Bank.

“KUSKOP akan terus menyokong pembangunan keusahawanan bersama agensi pelaksana seperti CEDAR, institusi pembiayaan seperti SME Bank, serta agensi negeri dan rakan industri.

Ewon menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta

“Program Maju Usahawan Madani ialah inisiatif strategik kendalian SME Bank yang diumumkan dalam Belanjawan 2025  bagi memperkukuh daya saing dan ketahanan usahawan dalam menghadapi cabaran ekonomi.

“Di bawah seliaan KUSKOP, program ini memberi fokus kepada latihan intensif dan pembangunan kemahiran insaniah, selaras dengan Strategi Pemerkasaan Kapasiti Usahawan dalam Perancangan Strategik KUSKOP 2025,” katanya.

Menteri itu menyampaikan ucaptama di majlis  Penutupan Program Maju Usahawan MADANI anjuran SME Bank, agensi di bawah kementerian, di Tag Valley, di sini, Jumaat.

Program itu disertai 40 usahawan dari pelbagai daerah termasuk Kota Belud, Kota Marudu dan Kota Kinabalu.

Jelasnya, program ini merupakan siri ke-2 diadakan di Sabah selepas pelaksanaan pertama di Tawau pada bulan lepas.

“Ini adalah sebahagian daripada Program Maju Usahawan MADANI yang dilaksanakan oleh SME Bank di seluruh negara. KUSKOP akan terus menyokong inisiatif seperti ini sesuai dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.

“Setakat hari ini seramai 1,361 usahawan seluruh negara mengikuti program ini. Saya pasti dengan program bimbingan seperti ini yang dilaksanakan oleh CEDAR, anak syarikat SME Bank akan dapat meningkatkan kualiti pengurusan perniagaan para usahawan PMKS negara kita,” katanya.

sejak diperkenalkan, program ini telah membangunkan pelbagai modul latihan berimpak tinggi, hasil libat urus menyeluruh bersama usahawan.

“Setiap modul itu direka untuk memperkukuh ilmu, meningkatkan daya inovasi dan menyediakan usahawan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.