SANDAKAN (Sabah, Malaysia): ESSCom pada pada Ahad ( 5 Mac 2017 ) mengesahkan telah menyelamatkan sebuah kapal dagang Vietnam daripada menjadi mangsa rompak oleh sekumpulan penjenayah.
“Kita mengesan isyarat kecemasan melalui perhubungan radio melalui saluran 16 daripada kapal dagang MV PHU AN 268 kira-kira jam 4 petang pada Ahad,” dedah Komander ESSCom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.
Katanya, ketika berada di kawasan perairan Pulau Boan Filipina, kapten itu memaklumkan sebuah boat laju yang mencurigakan mengekori kapal dagang mereka.
Kapten itu dikatakan telah menambah kelajuan dan menukar haluan menuju ke perairan Malaysia.
“ESSCom telah mengatur gerak bot Viper 08 dan kapal KD Sri Tiga ke perairan sempedan untuk mengesan dan seterusnya mengiringi kapal dagang Vietnam itu ke Pelabuhan Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (7 Mac 2017).
Komender itu berkata, komunikasi radio saluran 16 yang digunakan oleh kapten kapal dagang negara jiran itu telah memudahkan ESSCom untuk mengatur gerak aset bagi mengaggalkan cubaan jenayah itu.
Beliau menyarankan supaya warga pelaut khususnya nelayan domestik supaya memasang radio saluran 16 dan sistem pengenalan automatik sebagai alat komunikasi kecemasan, bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan bantuan daripada ESSCom.
![]()