KUCHING (Sarawak, Malaysia): Selepas seorang remaja perempuan disambar seekor buaya pada 21 Feb 2017 lalu, pada Rabu (8 Mac 2017), seorang lelaki menjadi mangsa terbaru dibaham buaya di bumi kenyalang itu.
Kejadian terbaru berlaku kira-kira jam 4 petang di Sungai Udey, menurut Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak – Tiong Ling Hii.
Sungai Udey berada dalam lokasi Kg. Tambah dalam daerah Pusa.
Indentiti mangsa masih belum dikenalpasti, tetapi saksi mengesahkan mangsa telah diheret oleh reptilian itu.
Kejadian dua minggu yang lalu, Agnes Luang seorang remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disambar seekor buaya ketika sedang mandi bersama ibunya di tebing Sungai Tapang Peking Baram Marudi.
Pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk yang mengungsi di pesisir sungai berisiko reptilian itu, supaya lebih berhati-hati.
Seluruh rakyat Sarawak bersimpati dengan keluarga kedua-dua mangsa buaya ini.