Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

100 Pelajar Terima Sumbangan Pendidikan Daripada MP Pensiangan

0

SERAMAI 100 orang pelajar menerima sumbangan pendidikan daripada Wakil Rakyat Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup, di Keningau pada Jumaat.

Penerima sumbangan terdiri daripada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

“Ini merupakan program tahunan yang telah diadakan sejak 11 tahun yang lalu,”.

“Dalam tempoh ini pelbagai pendekatan telah saya laksanakan contohnya seperti bantuan yuran pengajian, biasiswa pendidikan, bantuan pakaian serta peralatan sekolah dan sebagainya”.

“Program sebegini akan diteruskan pada setiap tahun sebagai motivasi kepada pelajar untuk mereka terus berusaha”.

“Saya mengambil tanggungjawab untuk menyediakan yang terbaik demi masa depan anak-anak Pensiangan.”, jelasnya.

Arthur berkata, sebanyak 46 buah menara telekomunikasi yang baharu sedang dalam pembinaan bagi mengatasi capaian internet yang baik di kawasan Parlimen Pensiangan.

Katanya, menara pemancar itu dijangka siap pada penghujung tahun 2022 yang memberi menafaat kepada seluruh pengguna di kawasan pedalaman Sabah itu.

“Akses ini ini menyajikan rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta capaian internet yang lebih pantas,” katanya.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu turut menjelaskan bahawa kerja-kerja menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan secara berperingkat sehingga ke Pekan Pagalungan telah mula dilaksanakan. Ianya mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan.

Dengan kerja-kerja menaik taraf jalan ini, jarak perjalanan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan akan dapat disingkatkan dari 3 jam kepada 1 jam. Pastinya ia akan memberikan kegembiraan kepada ibu bapa dan guru kerana usaha ini pasti akan memudahkan urusan persekolahan anak-anak selepas ini.

“Saya juga sedang dalam usaha untuk menaik taraf beberapa buah sekolah daif di kawasan Parlimen Pensiangan antaranya ialah SK Pekan Nabawan, SK Pekan Pensiangan, SK Sepulot, SK Ponontomon dan banyak lagi yang tidak dapat untuk saya nyatakan satu persatu. Ini bagi memastikan para pelajar serta guru mendapat kemudahan dan fasiliti yang lebih selesa”.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.