Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wakil Rakyat Membisu Kemulut Bekalan Air Keruh Kuala Penyu dan Menumbuk – Murshidi

Katanya, wakil rakyat itu hanya mendiamkan diri dan tiadak ada di kawasannya apabila bekalan air kotor itu telah menjejaskan penduduk terlibat.

0

AKTIVIS masyarakat, Datuk Murshidi Abd Ghaffar mempersoalkan sikap wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk Limus Jury yang tidak menyuarakan masalah bekalan air keruh yang dihadapi penduduk di Kuala Penyu dan Menumbok.

Katanya, wakil rakyat itu hanya mendiamkan dan tiadak ada di kawasannya apabila bekalan air kotor itu telah menjejaskan penduduk terlibat.

Malah, tambahnya, selaku Pembantu Menteri Kerja Rata yang diberi tanggungjawab menjaga air di negeri ini, beliau patut melakukan tindakan pantas supaya penduduk tidak terus menghadapi keadaan bekalan seperti itu.

“Kami tahu kami ada wakil rakyat tetapi penduduk terus dalam kehampaan tiada tanda-tanda masalah mereka diberi perhatian oleh Adun berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang tular di media sosial, sejak Jumaat.

Beliau berkata, penduduk seolah-olah hanya diperlukan waktu pilihan raya sahaja dan ini memang satu kerugian kepada mereka.

“Saya ingin bertanya kepada beliau, adakah beliau sanggup menggunakan air keruh seperti itu untuk minum dan mandi,” tegasnya.

Hari ini, Ketua Umno Bahagian Beaufort, Awang Aslee Lakat meminta Jabatan Air daerah Beaufort dan Kuala Penyu supaya segera mengambil tindakan mengatasi keadaan bekalan air yang sangat keruh itu.

Katanya, jangan tunggu hingga tahap kemarahan penduduk bertambah buruk dan mempertikaikan fungsi pegawai-pegawai jabatan tersebut.

Jabatan itu harus mengambil tindakan segera menangani masalah yang dihadapi ribuan penduduk itu sekali gus dapat membekalkan air bersih yang sepatutnya kepada mereka, ujar Awang Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif Umno Sabah.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.