SEORANG bayi antara 11 orang sekeluarga di Kampung Pantai, Jalan Sindumin (Sabah, Malaysia) dipindahkan ke tempat selamat selepas rumah mereka dinaiki air banjir sedalam lima meter awal pagi pada Rabu.
Ketua Balai Bomba Daerah Sipitang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Janil Jaya berkata, jabatannya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 pagi tadi mengenai satu keluarga yang terperangkap dalam sebuah rumah yang sedang dinaiki air banjir.
Sepasukan anggotanya digegaskan ke lokasi kejadian, dan mendapati rumah mangsa dinaiki banjir sedalam lima meter.
“Air mencecah lantai rumah mangsa,”.
“Pasukan bomba bertindak memindahkan kesemua mangsa sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, lima kanak-kanak dan seorang bayi dengan menaiki bot ke tempat yang selamat,” kata Janil, memberitahu media dalam satu kenyataan.
Janil berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke rumah saudara sehingga situasi banjir di kampung itu surut dan selamat untuk didiami semula mangsa.
Sehingga berita ini ditulis situasi banjir di kampung itu dan sekitar terkawal. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA
TAG: BAYI, BANJIR, KAMPUNG PANTAI, SINDUMIN
![]()