Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Datuk Peter Anthony Tinggalkan Warisan?

0

HEBOH di media sosial, Naib Presiden Warisan Peter Anthony tinggalkan parti Warisan.

Benar kah begitu? Esok Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu bakal mengumumkan berita penting mengenai hala tuju politiknya.

Pada Ahad, Pegawai Media Peter menjemput petugas akhbar hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), jam 12.30 tengah hari Selasa.

Sukar dipastikan inti pati sidang media itu, tetapi khabar angin mengatakan  beliau mengumumkan dua perkara iaitu  keluar daripada Warisan dan satu lagi mengumumkan penubuhan parti baharu.

The Borneo Digest menghubungi pelbagai pihak mengenai perkembangan terkini Peter, dan rata-rata mengiakan Naib Presiden Warisan itu nekad untuk meninggalkan parti yang diasaskannya bersama dengan Datuk Seri Shafie itu.

“Ya, sah dia (Peter) tinggalkan Warisan,” Jawab sumber rapat parti Warisan ketika dihubungi.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.