Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Arthur bina jambatan kongkrit untuk kemudahan penduduk Kg. Sanang Dalit

0

 

Tapak jambatan kongkrit Kg. Sanang Dalit yang sedang dibina bagi menggantikan jambatan kayu yang dihanyutkan banjir.

PENDUDUK Kampung Sanang Dalit Sook akhirnya berjaya menarik nafas lega apabila sebuah jambatan konkrit  bagi menggantikan jambatan kayu yang dihanyutkan banjir baru-baru ini sedang giat  dibina.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pembinaan jambatan kongkrit itu beliau usahakan sebagai akses penting penduduk untuk berurusan di Pekan Sook.

Katanya, beliau mengambil tindakan segera untuk membina jambatan yang lebih kukuh sebaik mendapat laporan mengenai kerosakan jambatan sedia ada yang dibina sejak tahun 1970an.

“Jambatan itu runtuh disebabkan oleh banjir kilat. Oleh itu, penduduk terpaksa menggunakan jambatan sementara yang dibina secara bergotong-royong”.

“Kerja-kerja pembinaan jambatan baharu telah bermula dan akan mengambil masa selama 3 minggu untuk disiapkan”, Katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Tambahnya lagi, kemudahan itu apabila siap kelak memberi keselesaan kepada penduduk berulang-alik dengan menggunakan kenderaan seperti kereta dan motor dan sebagainya, berbanding sebelum itu penduduk berjalan kaki untuk pulang ke rumah dan meninggalkan kenderaan di seberang sungai.

“Keselamatan penduduk akan lebih terjamin terutama bagi mereka yang sering menggunakan laluan ini untuk membawa ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan di klinik berhampiran,” Jelasnya dan menambah kos pembinaan jambatan itu daripada peruntukan Ahli Parlimen Pensiangan.

Pada 16 Julai 2021 lalu, Arthur bersama Paul F. Isidore, Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook mengadakan lawatan ke Kampung Sanang, Dalit bagi meninjau keadaan jambatan tersebut yang memerlukan pembaikan segera.

Arthur yang merupakan Ahli Parlimen bagi Pensiangan memberitahu, Kerajaan sentiasa memberi tumpuan bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Justeru Tambahnya, melalui  Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Kerajaan telah mewujudkan satu bab khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.