Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bapa dan anak maut kemalangan Jalan Apin Apin – Keningau

0

Oleh ROSANNA EDEZA

SUPT YAMPIL ANAK GARAI

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Bapa dan anak perempuannya yang berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pacuan empat roda di KM 16, Jalan Apin-Apin Keningau kira-kira jam 12.22 tengah malam pada Ahad.

Ketua Polis Keningau SUPT Yampil Anak Garai memberitahu, mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan jenis Toyota Avanza dikenal pasti sebagai Masino Gelong, 45, dan anaknya, Claeryina Mecthildis Masino, 4.

“Mangsa yang parah ialah isteri Masino iaitu Chelrina Philip, 33, dan empat lagi anak mereka, Mattheo Charbel, 2, Mica Chelsino, 7, Charlene Myra, 9, dan Camellia Mae, 11.,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Yampil berkata, polis menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 12.22 tengah malam.

Kedaan sebuah kenderaan MPV yang terlibat dalam kemalangan di KM 16 Jalan Apin Apin Keningau

Katanya, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Avanza dari arah Keningau menuju ke arah Apin Apin dan Nissan Navara dari arah Apin Apin Menuju ke Keningau.

“Seorang kanak-kanak dan lelaki dewasa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dan menambah seramai tuju mangsa dalam kenderaan MPV tersebut.

Pemandu pacuan empat roda Navara turut cedera parah di bahagian kaki dan dada, sementara penumpangnya seorang Wanita turut cedera di bahagian dada dan dirujuk ke Hospital Daerah Keningau untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.