Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Batik motif kligrafi cina produk perniagaan bernilai tinggi – Ewon

0
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick mengabadikan gambar kenangan bersama jawatankuasa sambutan Pesta Kuih Bulan Pakatan Harapan Penampang

PENAMPANG (Sabah, Malaysia): Batikmotif  kaligrafi Cina memiliki nilai seni yang sangat tinggi yang boleh dibangunkan sebagai produk perniagaan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Dalam usaha itu jelasnya, kementerian akan melancarkan satu skim baharu dikenali SkimPembiayaan Usahawan Kraf dalam masa terdekat.

Katanya, pembiayaan itu bertujuan memberi pinjaman mikro melalui Tekun Nasional untuk para pengusaha kraf termasuk baju batik.

Pemimpin berjiwa rakyat, Ewon mengagih kuih kepada pengunjung

“Hari ini kerajaan membenarkan pemakaian batik secara pilihan setiap hari waktu bekerja kepada semua penjawat awam, di negara ini dan pastinya ramai yang akan memakai baju batik. Oleh itu saya berharap usahawan bidang ini dapat memanfaatkan sepenuhnya skim baharu itu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kuih Bulan anjuran Pakatan Harapan (PH) Penampang, di Kapayan di sini, Sabtu.

Ahli Parlimen Penampang itu menjelaskan,  setiap kaum di negeri ini kaya dengan budaya mereka dan amat dikenali dengan kraftangan bermotifkan identiti sendiri termasuk kaum Cina.

Sehubungan itu katanya, pengusaha kraf dan baju batik boleh mengembangkan perniagaan mereka dengan memanfaatkan Skim Pembiayaan Usahawan Kraf yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Ini adalah antara inisiatif-inisiatif baharu kerajaan melalui kementerian kita yang akan dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada semua usahawan kraf.

“Saya amat yakin para peniaga dan usahawan di Sabah dan Sarawak terutamanya di Penampang merebut peluang yang disediakan ini,” katanya.

Skim Pembiayaan Usahawan Kraf dibawah Tekun Nasional menyediakan pembiayaan modal bagi tujuan merancakkan industri kraf di kalangan pengusaha kraf, membantu pengusaha kraf kategori mikro untuk mengembangkan perniagaan dan membina rangkaian pengusaha kraf tempatan yang mapan.

Selain itu tambahnya, bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk setempat dan graduan institut kraftangan serta mengekalkan nilai budaya dan seni warisan tempatan.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.