Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bendahari Wanita PGRS Melalap Letak Jawatan

0

Oleh WAHAB TIMPAI

TENOM: Bendahari Wanita Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah PGRS DUN Melalap Salmiah binti Kassim meletakkan jawatan serta-merta.

Saya telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Ketua Wanita saya Noormah Gappar dan menghantar  tiga selinan untuk makluman ketua bahagian PGRS Melalap Datuk Jamawi Jaafar, dan  dua selinan untuk ibu pejabat PGRS, katanya.

Saya membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai bendahari bahagian wanita PGRS Melalap untuk memberi laluan ketua wanita melantik yang baharu, katanya.

Beliau juga mengharapkan perletakan jawatan nya itu tidak disalah tafsir kan oleh orang tertentu.

Katanya secara terus terang saya tidak ada masalah kepada parti dan Bahagian PGRS Melalap cuma tidak dapat menumpukan masa mengelaskan tugas yang di amanahkan itu kerana saya sibuk menguruskan perniagaan.

Justeru lebih baik  saya melepaskan jawatan itu untuk memberi laluan kepada orang yang banyak masa mengelaskan tugas sebagai bendahari, katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.