Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bung kunjungi Pesuruhjaya Polis Sabah

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada Rabu melakukan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah di  ibu Pejabat Polis Sabah Kepayan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Mokthar berbincang sesuatu kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah. Turut bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun

Ketibaan Bung disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta pegawai pegawai kanan ibu pejabat polis Sabah.

Pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara merangumi isu keselamatan khususnya di Sabah selain beberapa cadangan antaranya  cadangan menaik taraf insfratuktur asas seperti bangunan-bangunan balai Polis dan kediaman anggota di seluruh daerah di negeri ini.

Turut disentuh ialah penglibatan komuniti setempat, badan-badan NGO serta agensi kerajaan yang lain  dalam menjaga aspek keselamatan di komuniti masing-masing.

Dalam pada itu Bung menyambut baik beberapa cadangan dan akan membawa ke pengetuhan kerajaan terutamanya dalam aspek menyediakan  prasarana balai-balai polis termasuk kediaman anggota yang lebih kondusif. – Oleh JAAFAR ABD WAHID

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.