EKSKLUSIF
Oleh DG HENRY

SARAWAK (Malaysia): Buat pertama kali dalam sejarah Gabungan Orang Asal Sabah / Sarawak, dan Dayak Ritual Awareness Fellowship menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memjejakkan kakinya ke kawasan Batu Sumpah Keningau pada 16 September 2023 depan, atau selewat-lewatnya awal Oktober depan.
Pengasas pertubuhan itu Peter John Jaban memberitahu The Borneo Digest berkata, jemputan kepada Perdana Menteri Ke-10 untuk menjejakkan kaki ke Batu Sumpah sangat bersejarah dan penting.
“Kami mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM yang pertama menjejakkan kaki ke Batu Sumpah Keningau,” Katanya dan menambah, kesemua Perdana Menteri Malaysia pada sebelum ini tidak pernah jejak kawasan bersejarah itu.

Batu Sumpah Keningau merupakan monument penting Malaysia yang dibina bagi memperingati tempoh jajahan Mahkota British di Borneo Utara yang bergabung bersama Sarawak dan negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk negara Malaysia.
Monument itu dirasmikan pada 1 Ogos 1964 di perkarangan Pejabat Daerah Lama Keningu.
Peter memohon supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan itu sebagai catatan sejarah yang sangat penting, selain pengiktirafan kepada kedua-dua wilayah, yakni Sabah dan Sarawak yang bersama membentuk gagasan Malaysia.
Peter yang merupakan Timbalan President Global Human Right Federation Malaysia (GHRF) optimis Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan itu.
“Ini berita baik yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak,” Katanya.