Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Cadanga Mekanisma pembayaran 40 Peratus, Rakyat pedalaman ucap tahniah dan sokong UPKO

0

SOOK (Pensiangan): Cadangan  mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip di Sabah yang dikemukakan oleh Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) disambut baik oleh rata-rata rakyat Pedalaman Sabah.

“Ini membuktikan UPKO konsisten untuk memperjuangkan isu Perjanjian 1963 … UPKO adalah pendulu  melakukan,” Ketua Penerangan UPKO Pensiangan Mohd Khairy Abdullah @ Henry berkata dalam satu kenyataan.

Menambah bahawa UPKO telah menunaikan tanggungjawab besarnya kepada rakyat Sabah, Khairy berkata, presiden parti itu Datuk Ewon Benedick dan pasukannya dalam UPKO telah melangkah jauh ke hadapan untuk berjuang mengenai isu Perjanjian 1963 (MA 63)

“Kesaksian di sini ialah UPKO dibawah teraju Datuk Ewon Benedick tidak berlengah untuk menyiapkan tugasan kepada rakyat Sabah,”.

“Kesaksian ini perlu diakuai, dihormati menunjukkan UPKO benar-benar berjuang untuk rakyat Sabah,” Tegasnya dan menambah, rakyat Sabah perlu menghargainya dan memberi sokongan padu kepada parti itu.

Pada selasa Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dan pasukannya mengemukakan  cadangan mekanisma pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

“Kita perlu tampil dengan satu mekanisma yang memudahkan semua pihak (Kerajaan Persekutuan dan Sabah) untuk melaksanakan apa yang tertunggak sejak 1974,” Ewon dipetik sebagai berkata kepada media di Majlis sambutan rumah terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 di Telupid.

Pada 14 Mer2023, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri  Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak bahawa isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diselesaikan secepat mungkin.

Khairy yang merupakan Ketua Penyelaras parti UPKO Sook berkata, dengan cadangan mekanisma itu memudahkan solusi penyelesaian kemelut MA63 yang berlanjutan puluhan tahun.

“Hari ini kita melihat bahawa UPKO benar-benar berjuang untuk masa depan rakyat dan negeri Sabah,”

“Tahniah kepada Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick,” Katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.