SERAMAI 2,857 Ketua Isi Rumah (KIR) B40 dan 898 KIR berdaftar e-kasih di kawasan Bingkor menerima bantuan bakul makanan daripada wakil rakyat kawasan itu Datuk Robert Tawik @ Nordin.
“Kita menerima bantuan bakul makanan ini daripada kerajaan negeri untuk diagih-agihkan kepada rakyat di sini (Bingkor),” Kata Robert dalam satu kenyataan selepas majlis agihan yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bingkor pada Khamis.
Robert yang merupakan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor diatas keperihatinan beliau terhadap keperluan rakyat sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bersama dalam majlis agihan itu ialah Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Pegawai Kebajikan Daerah Keningau Awang Mohd Sharil Bin Karim, Ketua Daerah Bingkor Daniel Palangi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junier Fred serta pemimpin-pemimpin setempat.
797 total views, 3 views today