Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Derma darah bantu selamatkan nyawa manusia – Robert

"Masyarakat perlu ubah sikap dengan menyemai azam menderma darah kerana setitik darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan nyawa".

0
Robert (kiri) menunjukkan tanda bagus ketika melawat salah seorang penderma darah

DATUK Robert Tawik @ Nordin berkata,  mereka yang layak menderma darah tetapi belum lagi menderma darah perlu mengubah sikap dengan menyemai azam menderma darah kerana setitik darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan nyawa.

Katanya, menderma  darah juga harus dilihat sebagai suatu proses yang memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada penderma sendiri.

“Persepsi negatif bahawa menderma darah boleh menimbulkan pelbagai kesan sampingan perlu dikikis sama sekali,” Katanya kepada The Borneo Digest ketika ditemui selepas merasmikan Program Derma Darah anjuran Wiramuda StarSabah dan Pemuda Perikatan Nasional (PN), di BingkoR pada Sabtu.

Program itu berjaya mengutip sejumlah 26 pain darah untuk keperluan Tabung Darah Hospital Daerah Keningau.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah itu memberitahu, keperluan darah di daerah itu sangat penting sebagai persiapan menghadapi pelbagai kemungkinan sepanjang negara sedang berperang dengan pandemiK Covid-19.

DR. UKIM ANTIKOH

Sebelum itu Pegwai Unit Perubatan Transfusi Hospital Keningau, Dr. Ukim Antikoh memberitahu, Keningau memerlukan 100 pain darah pada setiap minggu untuk menampung keperluan pesakit talesemania dan pesakit-pesakit lain yang berkaitan.

Justeru Robert yang merupakan Wakil Rakyat Bingkor mengajak masyarakat yang layak mnderma darah di daerah itu agar berbuat demikian.

“Anda boleh hadir ke Unit Perubatan Transfusi Hospital Keningau untuk menderma darah,” Katanya.

Kepada program itu, Robert berkata ia merupakan aktiviti berterusan parti di daerah itu.

Beliau memuji usaha murni menganjurkan aktiviti itu dan sewajarnya menjadi contoh kepada pihak yang lain.

Hadir sama di majlis itu Naib Ketua Armada Parti Bersatu Sabah Rafie Datuk Robert, Ketua Wiramuda Parti Star Bingkor, Ketua Wiranita parti Star Bingkor Jenaffer Epil serta pemimpin-pemimpin setempat. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.