DO Keningau lancar Program Komuniti Rukun Tetangga Sook
.. Nasihatkan kesemua Pengerusi Rukun Tetangga Zon Sook supaya lebih kreatif untuk memmastikn organisasi itu sebuah badan di peringkat akar umbi yang dihormati dan berkesan.
PEGAWAI Daerah Keningau Walter Kenson menasihatkan kesemua Pengerusi Rukun Tetangga Zon Sook supaya lebih kreatif untuk memastikn organisasi itu sebuah badan di peringkat akar umbi yang dihormati dan berkesan.
Katanya, pada ketika dunia sedang berhadapan dengan ledakan globalisasi, Rukun Tetangga (RT) bukan lagi berfungsi sekadar katalis kepada perpaduan, keselamatan serta kebajikan kepada masyarakat tetapi jauh daripada itu peranan mereka melibatkan soal pembangunan ekonomi ditahap maksima.
“Sejujujurnya badan ini (Rukun Tetangga) penjana perpaduan .. itulah dasar peranan utamanya, tetapi hari ini fungsi itu perlu dilebarkan mengikut acuan setempat,”.
“Peranan Rukun Tetangga yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 merupakan komponen penting dalam memastikan hasrat perpaduan negara dapat diperkukuhkan. Bermula dengan aspek yang memberi fokus terhadap keselamatan dan keamanan, fungsi Rukun Tetangga kemudiannya telah diperluaskan kepada konsep kejiranan,”.
“.. Di kawasan pedalaman seperti di sini (Sook), saya mahu badan ini (Rukun Tetangga) melebarkan peranan agar ia dihormati dan dicontohi sebagai organisasi yang lebih kukuh dan berkemampuan dalam aspek ekonomi,”
“Kestabilan perpaduan dan tolerasi antara kaum dengan sendirinya kukuh jika ekonomi setempat kuat,”. katanya kepada The Borneo Digest selepas melancarkan Program RTcares di Mansiat Tulid (Sabah), di sini baru-baru ini.
Sebanyak 1650 bakul makanan diagihkan kepada sebanyak 60 Kawasan Rukun Tetanga (KRT) di situ, melibatkan 500 bakul kepada 15 buah badan itu di Mukim Mansiat dimana pelancaran program RTcare dilancarkan.
Walter turut mencadangkan kepada peneraju Rukun Tetangga di Zon Sook agar bekerjasama dengan Ketua Kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk mengenalpasti potensi ekonomi di setiap kampung untuk dimajukan ditahap yang lebih tinggi.
“Banyak kawasan lapang di setiap kampung boleh dibangunkan untuk penjanaan ekonomi berasaskan pertanian .. Balai Raya dan Dewan Serbaguna boleh dijadikan sebagai pusat pengumpulan dan penjualan hasil tani,”.
“Anda perlu kreatif untuk menjadikan halaman kampung yang strategik untuk dibangunkan sebagai gerai dan lokasi jualan hasil tani,” katanya, dan menambah penyediaan kemudahan itu mampu menghidupkan kuasa beli dikalangan rakyat sekali pun rakyat sedang berhadapan dengan kekangan pandemik Covid-19. – Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN.