Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ekosistem pembangunan francais negara dipusatkan di KUSKOP – Ewon

0

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ekosistem pembangunan francais negara kini dipusatkan di  kementeriannya.

Beliau berkata, keputusan memusatkan fungsi francais ke satu kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diputuskan oleh kerajaan.

“Akta Francais kini menjadi tanggungjawab KUSKOP, begitu juga dengan pendaftaran francais, pembangunan, promosi dalam negara dan di luar negara serta program latihan turut dilaksanakan oleh Bahagian Francais KUSKOP dan agensi PERNAS.

“Persatuan Francais Malaysia juga adalah pemegang taruh dan merupakan sebahagian daripada ekosistem francais kita yang juga akan melaksanakan sebahagian daripada program francais terutama untuk ekspo-ekspo dan penyertaan misi perdagangan francais di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan ke atas perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Perbelanjaan) Tahun 2024, di Dewan Rakyat, di sini, kelmarin.

Ewon turut menyatakan inisiatif pembangunan dasar francais negara yang melibatkan pemurnian draf yang dibangunkan oleh KUSKOP dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dijangka dilancarkan tahun ini.

“Setelah kita menerima tanggungjawab baru ini, harus ada pemurnian, dari segi dasar francais. KPDN dan KUSKOP sedang membangunkan dasar tersebut, jadi kita akan teliti kedua-dua draf yang telah dibangunkan sebelum ini dan memudah-mudahan akan dilancarkan (tahun ini),” katanya.

Mengenai penguntukan semula perbelanjaan, Ewon berkata ia adalah untuk membiayai emolumen perpindahan pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pendaftaran francais dari KPDN ke KUSKOP.

Selain itu katanya, ia juga akan digunakan untuk melaksanakan empat program iaitu pameran francais antarabangsa, sama ada secara fizikal atau maya, padanan perniagaan, kos eksport bagi pendaftaran harta intelek, kos perjanjian francais di luar negara dan kos menjalankan kajian pre market serta latihan persediaan antarabangsa.

“Itu adalah program yang akan dilaksanakan yang sebelumnya dilaksanakan di bawah KPDN.

“Manakala program sedia ada seperti program latihan kepada usahawan termasuk program bimbingan dan meningkatkan kapasiti usahawan dan francaisi kita dalam negara juga akan diteruskan oleh PERNAS.

“Kita juga mempunyai program Business in Transformation (BIT), Skim Pra Francais dan Skim Francais Induk, Skim Pembiayaan Francaisor dan Skim Pembia

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.