Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Empat ditangkap polis di Keningau seleweng diesel bersubsidi

Dua warga tempatan bangsa Bugis, seorang pendatang tanpa izin warga Indon dan seorang warga Filipina

0
SUP YAMPIL ANAK GARAI

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Empat orang lelaki dicekup polis, dua daripadanya warganegara Malaysia bangsa Bugis, seorang pendatang asing dari Indonesia dan seorang lagi warga asing berbangsa Visaya (Filipina), kerana terlibat dalam kegiatan menyeleweng minyak diesel bersubsidi  di Keningau.

Tangkapan itu dibuat pada 18 Mac 2024 di dua lokasi, kawasan Pampang dan Kampung Durok Baru Keningau.

Polis merampas sejumlah 16,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM60,000 dan yang terbesar di daerah itu pada tahun ini.

Ketua Polis Keningau Superitendan Polis (SUP) Yampil Anak Garai dalam satu kenyataan pada Rabu memberitahu, keempat-empat suspek itu kini ditahan di Balai Polis Daerah Keningau untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Keningau SUP Yampil Anak Garai menunjukkan rampasan tangki yang digunakan untuk catuan minyak diesel

“Polis merampas 16,000 liter minyak diesel,daripada dua buah lori seberat 8 tan, sebuah kenderaan pelbagai guna, pump elektrik, tangka minyak bagi tujuan penyimpanan dan empat buah telefon bimbit daripada keempat-empat saspek,” katanya.

Yampil memberitahu, polis mengambil masa tiga jam untuk mengekori kegiataan suspek di dua lokasi, satu di Pampang Keningau dengan menggunakan kenderaan lori tangi, dan satu lagi di Kawasan Kampung Durok dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang bahagian truck telah diubah suai untuk penyimpanan minyak diesel.

“Ketika serbuan dilakukan aktiviti memindahkan minyak diesel ke sebuah lori tangkai sedang dilakukan,” Katanya.

Yampil memberitahu, rampasan pertama bernilai RM37,500 dan RM22,500 di dua lokasi berasingan.

“Suspek yang ditangkap mengaku terlibat lama dalam menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi,” Jelasnya.

Kesemua suspek dirujuk mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Yampil berkata, kejayaan mematahkan kegiatan tidak bermoral itu hasil daripada maklumat orang awam.

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.