Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon dilantik Canselor UKKM yang pertama

0
EWON

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Canselor Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang pertama.

Manakala Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fauzi Harun dilantik sebagai Pro-Canselor.

Majlis pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor UKKM itu diadakan di World Trade Centre, di sini, Khamis.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Ewon berkata, pelantikan itu adalah untuk memenuhi perlembagaan UKKM sebagai sebuah institusi pengajian khusus dalam dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

“Saya amat yakin dengan adanya program-program yang diakreditasi terkini di UKKM, dapat membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk memilih UKKM untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang pentadbiran dan pengurusan koperasi.

“Pada majlis ini, saya juga telah melancarkan dua program terbaru UKKM iaitu Program Doktor Falsafah Keusahawanan dan Program For Executive, Ijazah Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Koperasi (Kepujian).

“Saya percaya program ini mampu menarik minat rakyat Malaysia yang sedang bekerja untuk melanjutkan pengajian di UKKM,” katanya dan menambah program ini amat sesuai untuk golongan bekerja kerana ianya dilaksanakan selepas waktu bekerja.

Selain itu katanya, ia juga adalah alternatif kepada mereka yang sudah bekerja tetapi berhasrat meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

Ewon percaya dengan program-program terbaru dan  inisiatif yang dilaksanakan oleh UKKM, mampu membantu gerakan koperasi negara, terutama terkait dengan pentadbiran dan pengurusan gerakan koperasi.

“Kita mempunyai 15,809 koperasi dengan keanggotaan sekitar 7.2 jutaa di seluruh negara dan gerakan koperasi telah mencapai perolehan sebanyak RM64 bilion pada tahun lepas.

“Ini merupakan satu jumlah yang besar melepasi sasaran awal kita, pun begitu saya percaya pentadbiran dan pengurusan koperasi masih boleh diperkasakan lagi.

“Itu sebabnya kita mahu UKKM memainkan peranan besar dalam konteks akdemik pendidikan dan pengajian bagi ahli-ahli gerakan koperasi dan ahli-ahli koperasi dan rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu membangunkan sektor koperasi di negara ini,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.