Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon saksi SKM bayar cukai

0

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyaksikan penyerahan replika cek bayaran cukai berjumlah RM55,223,461.56 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.

Pembayaran cukai itu melibatkan empat Kumpulan Wang SKM meliputi Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, Kumpulan wang Amanah Pembangunan Koperasi, Kumpulan Wang Likuiditi Pusat dan Kumpulan Wang Pusat Koperasi.

Pembayaran ini merupakan satu tanggungjawab SKM sebagai badan Kerajaan yang melaksanakan pembayaran cukai kepada Kerajaan.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengerusi SKM Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengarah Negeri LHDNM Wilayah Persekutuan Dato’ Azhar Husin, Ketua Pengarah Eksekutif SKM Datuk Rusli Jaafar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN Shaharuddy Othman.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.