
KOTA BELUD: Hujan tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meneruskan Program Turun Padang menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang memerlukan bantuan di Kampung Terintidon, di sini.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan sumbangan khas kepada tiga orang penerima yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas dan terlantar
Program turun padang menyantuni dan menyampaikan sendiri bantuan kepada penduduk Kadamaian yang memerlukan bantuan adalah aktiviti berterusannya yang telah dimulakan sejak menjadi wakil rakyat kawasan itu dan akan diteruskan.
Penyampaian bantuan katil boleh laras, bakul makanan dan keperluan khas dijayakan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Kadamaian.
Sebelum itu Ewon menyampaikan jentera penuai padi sawah kepada petani sawah di Kampung Tombotuon, kemudiannya menyantuni beberapa penduduk kampung di Pejabat Adun Kadamaian.
![]()