Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon umum tiga lagi Tamu Desa Akan Dibina di Parlimen Pensiangan Tahun Ini

0
Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick menyampaikan ucapan di majlis sambutan Hari Raya Terbuka UPKO Sook

SOOK: Tiga lagi premis Tamu Desa bakal dibina di kawasan Parlimen Pensiangan pada tahun ini.

Mengumumkan berita baik itu Ketika menjadi hos sambutan Rumah Terbuka Upko Sook pada sabtu, Menteri Pembangunan Keusahawanan Dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, premis-premis itu dibina di Sook, Tulid dan Nabawan.

Sebahagian daripada ratusan rakyat Sook yang menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UPKO Sook
Ewon menerima Ambarua (Umbut Rotan) dan Tuhau daripada Ketua Masyarakat Etnik Dalit Abidin Sumping, sambil disaksikan oleh Ketua UPKO CLC Sook Mohd Khairy Abdullah @ Henry dan Ketua Bahagian parti Amanah Pensiangan Jiwon Lagin

“Tahun lalu Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah membina tiga premis Tamu Desa di kawasan parlimen yang sama, iaitu dua di Sook dan satu di Nabawan,” Katanya.

Ketua UPKO CLC Sook Mohd Khairy Abdullah @ Henry membantu menyauk lauk untuk diberikan kepada seorang kanak-kanak yang menjadi sebahagian tetamu di majlis itu

Raya terbuka Upko yang dilangsungkan di Waterfront Sook dihadiri kira-kira 700 orang yang bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir kira-kira jam 7 malam.

Turut hadir, Ketua Polis Keningau Superintenden Yampil Anak Garai dan isteri, Naib Presiden Upko Malaysia Datuk Wong Thien Fook, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Upko Malaysia yang juga Ketua Bahagian Upko Tenom Junik Bajit, Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Raymond Ahuar, Ketua Bahagian Parti AMANAH Pensiangan Jiwon Lagin, Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau Antakor Rasam serta pemimpin dan rakyat setempat.

Pagi sebelum itu di Tulid, Ewon meninjau gerai Tamu Desa sedia ada di Kg. Pulutan dan menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Dalam lawatan kerja sehari ke Tulid dan Sook, saya berpeluang meninjau gerai tamu sedia ada di Kampung Pulutan yang menjadi lokasi ibu-ibu dan anak-anak muda menjual hasil tani, kuih-muih, serta produk lain setiap hari Sabtu. Gerai ini dibina sendiri oleh para usahawan tamu di kampung tersebut.

“Selepas menilai kesesuaian tapak, saya bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membina premis Tamu Desa baharu yang lebih selesa dan teratur, menggantikan gerai sedia ada,” katanya Ketika menyampaikan

Beliau turut meninjau gerai tamu di Kampung Kabatang Baru, Tulid, yang juga dibina oleh para usahawan tempatan. Bagaimanapun, lokasi gerai tersebut terletak dalam kawasan rizab jalan utama dan didapati berisiko dari segi keselamatan.

“Bersama JKKK dan persatuan tamu, kami meninjau tapak cadangan baharu yang lebih luas dan selamat untuk pembinaan premis Tamu Desa di kampung ini,” katanya.

Ewon turut menyatakan harapannya agar premis yang akan dibina itu memberi manfaat kepada para usahawan, khususnya ibu-ibu, serta para pengunjung.

“Saya akan berusaha agar impian mereka tercapai, mengambil kira peruntukan yang tersedia di bawah KUSKOP,” katanya.

Mengenai sambutan raya yang beliau hadiri, Ewon berkata, kehadiran ramai rakyat berbilang kaum dan agama mencerminkan semangat perpaduan yang tinggi.

“Saya menghargai kebersamaan rakyat hari ini, dan yakin semangat toleransi, hormat-menghormati, dan saling bekerjasama ini akan terus dipertahankan dan diperkasakan.

Dalam ucapan beliau, turut berkongsi pelbagai inisiatif kerajaan khususnya melalui KUSKOP, termasuk fokus tambahan menerusi Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara (Perspektif KUSKOP).

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.