Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Fumio Kishida bakal jadi Perdana Menteri Jepun

Kishida memperoleh 256 undi, manakala, Kono meraih 255 undi.

0

FUMIO Kishida memenangi Pilihan Raya Presiden  Parti Demokratik Liberal (LDP) dan bakal menggantikan Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga.

LDP merupakan parti yang memerintah Jepun dan Pilihan Raya Umum dijangka berlangsung November depan.

Kishida, 64, merupakan bekas Menteri Luar memperoleh sebanyak 257 undi pada pusingan akhir sekali gus mengatasi pencabarnya, Taro Kono yang meriah 170 undi.

Semasa pusingan pertama pengundian, Kishida memperoleh 256 undi, manakala, Kono meraih 255 undi.

Dua calon wanita iaitu bekas Menteri Perhubungan, Sanae Takaichi dan pemangku Setiausaha Agung Eksekutif LDP, Seiko Noda tewas dalam kesemua pusingan.

Memandangkan gabungan yang diketuai LDP membentuk majoriti di kedua-dua dewan Parlimen, presiden baharu parti hampir pasti dipilih sebagai Perdana Menteri dalam sidang Parlimen luar biasa yang dijadualkan 4 Oktober depan.-AFP

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.