HASRAT Persatuan Pensusuladan berbakti kepada golongan kurang bernasib baik akhirnya tercapai apabila temujanji mereka kepada dengan Rumah Kanak-Kanak Bondulu Toboh Tambunan, Sabah disambut baik oleh pengurusan pusat jagaan kanak-kanak itu.

Pengerusi persatuan itu, Eligius Raymon memberitahu dalam satu kenyataan, Pensusuladan sangat bersyukur kerana impian menghulurkan derma kepada kanak-kanak yatim di situ tercapai.
“Syukur kepada Tuhan kerana impian (menderma kepada anak-anak yatim) tercapai,” Katanya.
Pensusuladan merupakan sebuah persatuan yang diasaskan oleh sekumpulan anak-anak muda dari Kg. Liau Laut Keningau yang bertujuan untuk membantu masyarakat yang tercicir, kurang berkemampuan, kesusahan kerana kehilangan anggota keluarga disebabkan kematian, ibu tunggal serta anak yatim.
Persatuan ini ditubuhkan pada 31 Ogos 2018 oleh sekumpulan empat bersaudara.
Pada Isnin lalu, persatuan itu menghulurkan derma yang berbentuk wang dan barang makanan kepada Rumah Kanak-Kanak Tondulu Toboh Tambunan. – Oleh: EKOK AMIN.
998 total views, 1 views today