KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua PertubuhanMuafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARAGRS), DatinSeri Panglima Hajah Juliah Salag menyampaikan Anugerah Saidatina Khadijah kepada Catherine Samuel @ Hajah Jamilah Abdullah, pada Program Anjung Mutiarasempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022 di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Isnin.
Jamilah, anak kelahiran Papar yang juga ahli perniagaan terkenal di Sabahitu turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM15,000, menerusi anugerah berkenaan.
Antara objektif program ini adalah menjadikannya sebagai wadah untuk membudayakan ilmu pengetahuan dan penyuntik kesedaran serta penghayatan terhadap nilai-nilai keagamaan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.