Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kampung terpencil dapat akses ke bandar menjelang 2020 — Ismail Sabri

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Semua kampung terpencil di negara ini akan mendapat
akses ke Bandar menjelang tahun 2020, umum Dato’ Seri Ismail02022016 ismail sabri yaacob-1 Sabri Yaacob di Keningau pada selasa (2 Feb 2016).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata,  akses itu yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), melibatkan pembinaan jalanraya berturap dan jalan asas.

“Akses itu tidak semestinya jalan berturap, tetapi kita memastikan jalan asas disediakan yang menghubungan kampung dengan bandar,” katanya dan menambah, ekonomi penduduk kampung sukar dibangunkan jika mereka tidak mempunyai akses yang baik.

Katanya, fokus Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ialah mementingkan kesinambungan antara kawasan kampung dengan Bandar.

“Ini membuktikan kerajaan persekutuan benar-benar perihatin untuk membela nasib rakyat di negeri ini (Sabah),” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek naik taraf Jalan Ansip – Dalit – Kahaba di Keningau, pagi pada selasa.

Di majlis itu Ismail Sabri mengumumkan peruntukan yang berjumlah RM94.56 juta bagi membiayai projek di Keningau, melibatkan RM45 juta bagi projek bekalan air bersih Apin-Apin, RM35 juta untuk membiayai projek Messej Bunang bagi Fasa 1, 2 dan 3, RM6 juta untuk membiayai projek jalanraya dan RM8.56 juta lagi untuk perlaksanaan projek air Zon 5 Keningau02022016 ismail sabri yaacob-3

Beliau turut meluluskan sejumlah 33 buah rumah PBR bagi daerah itu, menyaksikan lawatan kerja menteri itu di Keningau melegakan rakyat di dua kawasan parlimen – Keningau dan Pensiangan.

Parlimen Keningau melibatkan DUN N34 Liawan (BN – Umno), DUN N33 Bingkor (Star – Pembangkang) dan DUN N32 Tambunan (BN – Pbs), sementara Parlimen Pensiangan melibatkan DUN N37 Sook (BN – Pbrs) dan DUN N36 Nabawan (BN – Upko).

Jalanraya Ansip-Dalit-Kahaba sejauh 44Km dari Bandar kecil Keningau dan merupakan nadi utama kepada kira-kira 5000 pengguna pada setiap hari, dan dijangka siap sepenuhnya pada 20 September 2017, menurut Ismail Sabri.

“Ia berharga RM197 juta,” jelas menteri itu dan menjelaskan ia adalah akses penting bagi pertumbuhan ekonomi penduduk di 11 buah kampung yang terlibat.

Turut hadir di majlis bersejarah itu ialah Menteri di jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau, Wakil Rakyat Liawan Datuk Hj. Sairin Hj. Karno, Wakil Rakyat N 37 Sook Datuk Elron Angin, Wakil Rakyat kemabong Datuk Rubin Balang, Ketua Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Yassin, Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose, Wakil Rakyat Sugut James Ratib, Pegawai Daerah Keningau Tuan Hj. Yusop Osman serta pemimpin-pemimpin setempat.

 

 584 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.