Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Karnival TEKUN MADANI dan SDSI 10-12 Mei di Kuala Penyu

0

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan Karnival TEKUN MADANI dan Showcase Satu Daerah Industri (SDSI) sempena sambutan Pesta Kaamatan pada 10 hingga 12 Mei ini,  di Dewan Masyarakat Datuk Shahbandar Makang, Kuala Penyu.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, selain jualan daripada usahawan-usahawan dan koperasi, agensi-agensi Kerajaan khususnya di bawah KUSKOP akan mengadakan reruai dan kaunter perkhidmatan.

“Pada karnival ini juga, kita akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun ini.

“Selain itu, pengisian sambutan Pesta Kaamatan seperti Unduk Ngadau, Rombituon dan makanan tradisi juga akan diadakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu Ewon menjemput semua untuk hadir ke karnival ini bagi memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan dan dalam masa yang sama mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pembangunan keusahawanan terutamanya pembiayaan, geran, latihan, promosi antarabangsa dan sebagainya.

“Saya berharap melalui inisiatif ini, sambutan Kaamatan bukan setakat acara kebudayaan tetapi juga menjadi platform membina dan membangunkan gerakan keusahawanan dan koperasi negara kita,” katanya.

Karnival ini akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, pada 11 Mei ini.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.