Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Keningau capai rekod 100 peratus vaksin penduduk daftar mysejahtera

CITF Keningau mudahkan pemberian vaksin dengan perluaskan walk in

0

 

 

eksklusif

KESEMUA penduduk daerah Keningau yang berdaftar mysejahtera seratus peratus (100%)  lengkap divaksin, umum, Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Keningau Walter Kenson.

Untuk rekod seramai 98,828 daripada  219,100 orang penduduk yang meliputi 248 buah kampung.di Keningau  berdaftar dengan mysejahtera.

Kejayaan besar itu meletakkan Keningau mencipta rekod tersendiri dan yang pertama seumpamanya menghampiri garisan penamat sasaran kerajaan untuk  mencapai kelompok imuniti (herd imunity) di negeri Sabah.

Sabah mensasarkan kesemua rakyat di negeri lengkap menerima vaksin pada hujung Oktober 2021, tetapi Walter optimis, Keningau berjaya menyiapkan tugasan itu lebih awal iaitu pada minggu kedua pada Oktober 2021.

“Keningau Cuma ada 38 peratus (38%) lagi untuk divaksin .. butiran untuk sasaran penyelesaian tugasan itu ada dengan kami,”.

“CITF Keningau membuat perancangan dengan mengadakan sasaran mingguan penduduk divaksin,”.

“Dan perlaksanaan itu bermula serta-merta .. hari ini (31 Ogos 2021) kita buka walk ini secara besar-besaran kepada baki penduduk yang belum divaksin untuk berbuat demikian,”.

“Tidak ada had kehadiran kali ini .. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Keningau dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang,” Katanya kepada The Borneo Digest dalam satu temuramah eksklusif di sini, pada Selasa.

CITF Keningau menyediakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kompleks Sukan Keningau, Dewan Masyarakat Bingkor, Dewan Masyarakat Sook dan PPV Bergerak (Outreach) di 12 Mukim seperti Dalit, Senagang, Apin-Apin, Mansiat, Trans Pegalan, Ansip, Seberang, Simpang Empat, Simbuan dan Bonor.

Walter berkata, capaian akses internet yang tidak menyeluruh di daerah Keningau antara faktor masih ada penduduk yang gagal mendaftar aplikasi mysejahtera, selain masih terdapat penduduk yang tidak tahu menggunakan telefon pintar khususnya penduduk yang berumur 50 tahun keatas.

Di Keningau jelasnya, capaian internet hanya 60 peratus (60%) dan tidak dapat menampung keperluan pengguna yang sangat tinggi.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai usaha melangsaikan baki 38 peratus penduduk yang masih belum menerima dos vaksin mereka, Walter memberitahu, CTF Keningau menyediakan kaedah ‘Power Of Word Of Mouth’ atau kempen kekuatan viral dari mulut ke mulut dan media sosial dikalangan semua penduduk untuk menggalakkan penduduk untuk divaksin.

“Sesiapa pun penduduk berkuasa untuk bertanya kepada sesiapa sama ada sudah divaksin atau belum,”.

“Jika belum, beritahu mereka untuk mendapatkan vaksin .. beritahu mereka cara untuk mendaftar .. tunjuk mereka dimana tempat untuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) .. bertahau mereka talian aduan +6013311613 untuk mendaftar,” Katanya.

Walter yang merupakan Pegawai Daerah Keningau memberitahu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak 14,000 vaksin seminggu kepada CITF Keningau untuk mencapai sasaran kolompok imuniti penduduk divaksin.

“Ini peluang yang sangat baik dan ia satu kerugian besar jika penduduk tidak mengambil peluang keemasan itu,” Katanya. – Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.