MELAKA: Koperator koperasi terbaik di Malaysia diseru supaya terus meningkatkan hasil perniagaan mereka.
Menyampaikan seruan itu di Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Melaka Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick menekankan, falsafah dan prinsip koperasi juga perlu diutamakan kerana ia menjadikan koperasi sebuah model perniagaan unik dan istimewa untuk mendokong Ekonomi madani dan martabat negara.
Di majlis itu, Ewon mengumumkan permohonan kerajaan negeri Melaka untuk mengadakan Konvensyen Koperasi Masjid Peringkat Kebangsaan di Melaka pada tahun 2025 dan juga Hari Koperasi Negara 2025 juga akan diadakan di negeri ini.
Mengenai Gerakan koperasi di Melaka, Menteri itu berkata, Melaka mempunyai potensi besar sebagai ejen membasmi kemiskinan dalam mencapai hasrat Melaka “Menuju Negeri Lestari” pada tahun 2035.
“Melaka mempunyai 487 buah koperasi dengan keanggotaan sekitar 178 ribu orang dan berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM156 juta,” katanya.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan profil 100 koperasi terbaik Malaysia bagi Tahun 2024
Lima koperasi dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024 masing-masing menerima anugerah. Terdiri daripada Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad, Koperasi Tenaga Nasional Berhad dan Koperasi Ladang Berhad.
Anugerah Koperasi premier 2024 turut disampaikan yang terdiri daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Koperasi Co-Opbank Pertama Malaysia Berhad, Koperasi NLFCS Berhad dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad turut disampaikan.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Dato’ Azhar Haji Arshad, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka Seah Shoo Chin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP Azizul Alias dan Rusli Ketua Pegawai Eksekutif, SKM Jaafar