MASJID Nur Hidayah Pekan Bingkor mengagihkan sebanyak 200 bungkus daging korban untuk diagihkan kepada fakir miskin, saudara muslim serta petugas masjid Nur Hidayah Bingkor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
“Agihan itu melibatkan 21 buah kampung di sekitar pekan Bingkor,” Kata Pengerusi Masjid Nur Hidayah pekan Bingkor.Yazid Hj. Mohd Hasnan Tawik @ Charles.
Yazid merupakan Ketua Biro Agama Islam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.
Yazid berkata sebanyak lima ekor lembu korban disembelih melibatkan seekor daripadanya disumbangkan oleh Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
![]()