Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mayat Warga Emas Ditemukan Dalam Perut Buaya

0

TAWAU: Mayat seorang warga emas, Addi Bangsa, 60,  yang dilaporkan hilang ketika turun ke bot di Sungai Kg. Mas-Mas Nasib Kita Rabu lalu, ditemukan di dalam perut seekor buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, buaya yang membaham mangsa mangsa seberat 800 kilogram iaitu 14 kaki panjang.

Menurutnya, operasi pencarian mangsa yang dilakukan bersama Jabatan Hidupan Liar membawa kepada penemuan seekor buaya yang dipercayai telah membaham mangsa lalu bertindak menembaknya.

“Pada hari ke-empat operasi Pasukan Perhilitan menemui seekor buaya yang dipercayai membaham mangsa dan bertindak menembak buaya ini seterusnya membelah perut buaya dan mendapati benar terdapat mangsa didalam perut buaya berkenaan.

“Pengecaman identiti mangsa oleh ahli keluarga dilakukan dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau Primus Lambut ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan buaya berkenaan ditembak kira-kira jam 4 pagi tadi di kawasan laut iaitu 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Kami telah menerima maklumat daripada pihak bomba pada hari kedua operasi dan selepas itu saya mengarahkan anggota untuk membantu dalam operasi mencari mangsa kalau terjumpa dengan buaya ini untuk melepaskan tembakan,” katanya.

Primus berkata, selepas tembakan dilepaskan buaya berkenaan dibawa ke darat untuk pemeriksaan lanjut bersama polis dan bomba dan menyatakan kawasan tersebut sememangnya mempunyai banyak buaya dan aktif pada waktu malam.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.