Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pakej Bantuan Kecemasan (PBK) vs Pakej Ransangan Ekonomi (PRE).

ROVID 19

0

PAKEJ Bantuan Kecemasan (PBK) – Dalam kes COVID19, ia lebih menjurus kepada bantuan kepada i) keperluan barisan hadapan dan ii) bantuan makanan kepada mereka yang benar-benar memerlukan (Golongan ASNAF khususnya OKU, Pelajar, dan golongan miskin tegar). Wakil Rakyat dan masyarakat yang punya kelebihan sepatutnya bertanggung jawab dalam PBK selain pakej bantuan diberi Kerajaan.

PBK ini menguji KESEDARAN SIVIK dan KERJASAMA masyarakat. Masyarakat berhemah akan merasa malu mengambil hak orang yang benar-benar memerlukan. Lebih memalukan jika mereka yang punya kemampuan mempersoal bantuan yang orang lain berikan tanpa mencermin, apa sumbangan yang dia berikan.

PKE – Pakej ini bukan tertumpu kepada MEMBANTU INDIVIDU SUSAH, tetapi ia bertujuan merancakkan pergerakan rantaian ekonomi bermula dari pengeluaran, peniaga hinggalah kepada pengguna. Antara yang diumum kerajaan adalah pengeluaran KWSP dan penangguhan bayaran pinjaman kepada semua peminjam bernilai mencecah RM100 bilion bagi meningkatkan kuasa membeli pengguna. Ini boleh membantu industri pengeluaran dan perkhidmatan yang terjejas seterusnya membuka semula peluang pekerjaan.

Salam

RS- Sabah (28/03/2020) – 7.10 pagi.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.