Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penduduk Kg. Enam Nabawan contoh terbaik

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

0

TINDAKAN beberapa kampung di daerah ini mendirikan papan tanda larangan orang luar ke kampung mereka adalah satu usaha membendung penularan COVID -19 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri bermula 18 hingga 14 April.

Penduduk Kampung Enam Nabawan mendirikan papan amaran memasuki kampung

Begitulah hakikatnya dengan penduduk Kampung Enam kira-kira lima kilometer dari pekan Nabawan yang turut mendirikan papan tanda larangan orang luar masuk kampung mereka dalam tempoh PKP.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)kampung itu Larim Haluk, mereka bukan mendirikan papan tanda larangan orang luar masuk dengan sewenang-wenang tetapi ia adalah sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 kepada penduduk kampung itu.

Katanya, tujuan pemasangan papan tanda yang menerangkan maksudnya sendiri itu adalah mengambil tindakan dengan seruan kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

“Ia juga memperlihatkan kepada orang luar bahawa kampung enam mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan penduduk di kampung ini dan mengambil serius dalam menguatkuasakan PKP” katanya selepas bersama-sama dengan penduduk kampung mendirikan papan tanda itu di sini.

“Tiada gunanya kami penduduk kampung mematuhi arahan PKP dengan duduk diam dalam rumah jika orang luar bebas berkunjung ke kampung kami. Justeru itulah kami melarang orang dari luar masuk di kampung kami” tegasnya.

Katanya, mana-mana orang luar yang berurusan di kampung itu terlebih dahulu menghubungi pemimpin kampung sebelum masuk di kawasan kampung.

Dalam masa yang sama Larim menasihatkan kepada penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan, memakai penutup hidung dan mulut, elakkan dari bersentuhan (bersalaman). antara satu dengan yang lain.

“Dan sekiranya ada simptom deman yang dikhuatiri  COVID-19 sila hadir ke Klinik atau Hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan” katanya.

Ditanya  sejauh mana pematuhan penduduk terhadap PKP, Larim memberitahu, pada mulanya memang penduduk tidak faham, namun hasil daripada informasi yang tepat dari MKN dan Penguatkuasa yang berkenaan, penduduk kampung kini memahami dan dapat mematuhi arahan dan perintah yang dikeluarkan.

Mengenai dengan penglibatan tentera dalam penguatkuasaan PKP, Larim berkata,  ia adalah masa yang tepat dalam membantu pihak polis serta agensi kerajaan yang lain dalam menangani wabak pandemik ini.

Dalam pada itu katanya, penduduk Kampung Enam sangat berterima kasih kepada pihak Kerajaan dalam usaha menangani Wabak COVID-19.

Jelasnya, usaha pihak Polis bersama jabatan dan agensi berkaitan yang sudah bertungkus-lumus dalam memantau dan menasihati orang awam dari awal PKP ini dikeluarkan.

Walau bagaimanapun katanya, langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan melalui KKM  tidak akan berjaya jika rakyat di Negara ini masih lagi gagal untuk membantu pihak Kerajaan dan bersifat mementingkan diri sendiri.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.