Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Parti KDM lulus

Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan pendaftarannya pada 18 Febuari lalu,” - Datuk Peter Anthony

0

Oleh DG HENRY dan EKOK AMIN

Presiden parti KDM Peter Anthony dan timbalannya Datuk Juil Nuatim menunjukkan sijil pendaftaran parti KDM kepada media setibanya di lapangan terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu sebaik tiba dari ibu negara pada Isnin, sambil disaksikan oleh Ketua Wanita Puan Anna Maria Berndus (kanan) dan Ketua Pemuda Jumardie Lukman (dua kanan)

PENDAFTARAN Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) diluluskan, sekaligus menamatkan tanda tanya kalangan tertentu yang sebelum ini mempertikai penubuhannya.

“Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan pendaftarannya pada 18 Febuari lalu,” Presiden parti itu Datuk Peter Anthony memaklumkan berita baik itu kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebaik tiba dari ibu negara, lewat petang pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap dan bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu memberitahu, penubuhan parti itu sebagai platform untuk meneruskan perjuangan politiknya bersama beberapa mantan pemimpin parti Warisan yang lain.

“Kita akan buat pelancaran secara rasmi parti ini pada 13 Mac depan. Selepas itu, kita turut merancang menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini menerajui kerajaan negeri apabila gabungan berkenaan didaftarkan secara rasmi kelak,” katanya.

Peter memberitahu, KDM merupakan parti tempatan Sabah.

Turut bersama Peter, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang merupakanTimbalan Presiden KDM dan Setiausaha Agung, Dr Gaim @ James Lunkapis.

Peter dan Juil mengumumkan keluar WARISAN pada 27 Disember lalu.

Jawatankuasa Pimpinan Pusat Parti KDM

Presiden Datuk Peter Anthony, Timbalan Presiden Datuk Juil Nuatim Naib Presiden Datuk Ronnie Lo EE Eng Datuk Johair Matlani Datuk Laimon Laiki Tuan Martin Tommy Tuan Henry Saimpon Setiausaha Agung Dr. Gaim @ James Lunkapis Setiausaha Kerja Tuan Michael Angkul Ketua Penerangan           Dr. Aisat Ellik Bin Igau @ Iggau Bendahari Agung Tuan Lo Ho Ping Ketua Wanita Puan Anna Maria Bernadus Ketua Pemuda Jumardie Lukman Ketua Puteri Elvina Jane Justin

 

 2,134 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.