WALAUPUN terlewat seminggu meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, pasangan Adaun Ampungit, 76, dan isterinya Baringkan Songorou, 75, masih berberbangga kerana dikurniakan kesempatan untuk mengibarkan jalur gemilang sebagai menghargai jasa pejuang-pejuang terdahulu untuk memerdekan negara tercinta ini.
Andaun yang sinonim dengangan panggilan ‘Aki’ yang bermaksud ‘Datuk’ memberitahu, kelambatan meraikan hari bersejarah itu disebabkan kekangan pandemik Covid-19.
“Kami tinggal di Kg. Salarom Taka .. jauh di pelusuk pedalaman .. beratus kilometr dari bandar terdekat,”
“Sukar untuk dapatkan bahan-bahan sambutan (jalur gemilang dan bendera negeri Sabah), katanya kepada The Borneo Digest.
Begitu pun pasangan ini tidak pernah terlepas untuk meraikan sambutan itu, sekalipun berada di lokasi yang tidak mempunyai akses telekomunikasi serta perhubungan yang sangat jauh daripada bandar.
“Kami membeli peralatan sambutan secara berperingkat dan kebanyakan menggunakan wang sendiri dengan seada-adanya,” tambah isterinya yang mengakui tidak pernah terlepas meraikan hari yang mengembirakan itu bersama suami yang tersayang.
Aki hanya berumur beberapa tahun ketika negara ini mencapai kemerdekaan, dan jelasnya sambutan itu digenangi air mata sebagaimana yang diberitahu oleh kedua ibubapanya.
“Saya sangat sedih mendengar cerita bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan .. ramai pejuang terkorban semata-mata untuk mempertahankan negara ini daripada ancaman komunis,” jelasnya dan menambah, fakta itu mendorong beliau dan isterinya meraikan sambutan bersejarah itu sebagai menghargai jasa pejuang terdahulu.
Dengan menekankan bahawa sambutan pada tahun hadapan sesuatu yang sangat mendebarkan, pasangan yang semakin berusia itu, merayu kepada generasi muda agar agar memperkasakan kecintaan kepada negara.
“Semangat kemerdekaan perlu dicergaskan kerana kemerdekaan itu berada dalam setiap nadi rakyat Malaysia,”.
“Jaga negara Malaysia ini sebaiknya,” tambahnya. — OLeh: EKOK AMIN.
![]()