KENINGAU (Sabah, Malaysia): Parti Bersatu Sabah (PBS) melihat kesediaan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bergabung dengan parti itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri PRN ke – 17 yang berbaki kira-kira 24 bulan sebagai positif.
Ketua Penerangan parti itu di Bahagian Bingkor James Kini mengakui, cadangan yang dicetuskan Presiden parti STAR Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan selepas menyempurnakan Konvensyen Nasional dan Ulang Tahun Ketujuh STAR Sabah selang tiga hari lalu seharusnya melibatkan parti UPKO dan PBRS.
“Justeru, untuk menyatukan rakyat Sabah kedua-dua parti itu (Upko dan Pbrs) perlu juga diberi ruang terlibat dalam rancangan tersebut,”.
“..cadangan kerjasama atau bergabung dengan parti-parti tempatan ada lah relavan dengan usul Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian PBS N40 Bingkor Ke-38 pada 26 Mei 2023 yang menyokong pucuk pimpinan mengadakan perbincangan untuk tujuan tersebut”, Katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ketika dihubungi untuk mendapatkan pencerahan mengenai beberapa soalan, James menjawab, pemimpin pada masa kini seharusnya positif ke arah penyatuan Orang Asal Sabah.
“Ketepikan ke-egohan dan kepentingan peribadi, tetapi yang penting ialah meninggalkan legasi untuk generasi akan datang yang cemerlang dan gemilang bahawa mereka adalah pemimpin yang telah menyatukan rakyat Sabah”.
“Sebagai langkah permulaan, kepimpinan PBS dan STAR perlu memuktamadkan syarat dan terma masing masing merangkumi semua aspek termasuk pengagihan kerusi DUN dan Parlimen bagi tujuan memudah cara perbincangan” Jelasnya.
James berkata, PBS telah mempersembahkan pencapaian dan kecemerlangan yang terbaik sepanjang tempoh 38 tahun yang lalu.
“Ini adalah catatan sejarah,” Katanya dan menyebut bahawa campur tangan pihak lain menyebabkan sosio politik Sabah pada sepanjang tempoh tersebut merundum.
“.. Pecah dan perintah berlaku, dan anda tentu sedar dengan kewujudan berbagai parti politik .. pengiliran Ketua Menteri dan banyak lagi yang menyebabkan iklim politik Sabah semakin tidak menentu,” Jelasnya.
James mahu supaya cadangan penyatuan itu bukan sekadar gimik politik tetapi kata laluan untuk kestabilan politik Sabah.
“PBS Bingkor menyokong cadangan ini,”Tambahnya.
Dr. Kitingan dipetik sebagai berkata, cadangan itu sebagai pendekatan untuk mengukuhkan kedua-dua parti pelbagai kaum berasaskan Kadazandusun dan Murut (KDM) sebelum PRN akan datang.